Ikut jejak Akhyar Rashid, khabarnya Haziq Nadzli tinggalkan JDT lebih awal


  • Podium
  • Isnin, 24 Feb 2025

Haziq dilaporkan bakal mengikuti jejak langkah Akhyar meninggalkan Harimau Selatan.

PEMAIN pinjaman Johor Darul Ta'zim (JDT), Muhammad Haziq Nadzli mungkin mengikuti jejak langkah Muhammad Akhyar Rashid meninggalkan Harimau Selatan selepas dilaporkan menyertai Perak FC.

Menerusi ciapan pemerhati sukan, Zulhelmi Zainal Azam dalam X miliknya, melaporkan Haziq dibenarkan beraksi menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada Isnin (24 Februari).

"Haziq Nadzli sertai kunjungan Perak ke Johor, difahamkan penjaga gol kebangsaan ini boleh beraksi bertemu JDT.

BACA LAGI: Bersama JDT, duo bintang Selangor pernah julang Piala Cabaran sebelum sertai Gergasi Merah

BACA LAGI: Piala Cabaran bukan ‘standard’ Selangor — Legenda Merah Kuning

"Sekali gus seolah tidak lagi memegang status pemain pinjaman Harimau Selatan.

 

 

Jikalau perkara itu benar, Haziq bakal mengikuti jejak Akhyar yang meninggalkan JDT semasa tempoh pinjaman mereka musim ini.

Akhyar yang menjadi tonggak utama Terengganu FC musim ini memilih untuk kekal bersama Sang Penyu sehingga 2026.

Manakala status Haziq pula tidak diumukan secara rasmi oleh Perak sama ada kekal ataupun berhijrah ke pasukan lain selepas tamat musim ini.

Bersama Perak musim ini, Haziq telah tampil dalam 13 perlawanan dan dibolosi sebanyak 19 kali Liga Super. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram