
KUALA Lumpur City FC (KL City) berjaya membawa pulang tiga mata dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC selepas bangkit daripada ketinggalan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 14 Februari lalu.
Kejayaan KL City itu berjaya memberikan motivasi tambahan buat skuad kendalian Miroslav Kuljanac selepas mereka gagal melepasi peringkat kumpulan kejohanan Piala Shopee apabila ditewaskan oleh Buriram United.
Jaringan oleh Paulo Josue dan Patrick Reichelt memastikan KL City berjaya membalas dendam ke atas Terengganu selepas mereka tewas di Cheras dengan keputusan 0-2 ketika melayani kunjungan skuad Tomislav Steinbruckner.
BACA LAGI: 'Macam ini nak pergi Asia?', fans kecewa 'last minute' Haqimi Azim curi 1 mata Sabah di Likas
Namun begitu, ketika meraikan jaringan Reichelt bersama rakan sepasukan, sambutan itu dilihat tidak sesuai untuk tontonan umum.
Ini kerana pemain-pemain KL City meraikan jaringan tersebut dengan gaya yang tidak senonoh sehingga lensa kamera berjaya merakamkan aksi berkenaan.
Penyokong melihat perkara itu tidak bagus untuk tontonan umum dan berharap pemain terlibat dikenakan tindakan oleh pihak penganjur.
Menurut Muhammad Muzammir, kelakuan pemain terlibat wajar dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan.
"Sepatutnya kad merah, kelakuan tidak senonoh," katanya.
Manakala Zahar Rahman pula mahu pihak bertanggungjawab mengantung pemain itu sebanyak 10 perlawanan.
"Bukan setakat kad merah, gantung terus 10 'game'," komennya.
Tambah Kelana Sungai Nibong, sambutan gol seperti aksi tersebut tidak sesuai kerana ada kanak-kanak turut hadir ke stadium menonton perlawanan itu.
"Jenis macam ini yang saya rasa malas nak tengok bola, budak-budak pun ada tengok bola.
"Masa di sekolah nanti lepas 'celebrate' macam inilah. Meluat pun ada," ujarnya.
Sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan tatatertib diambil oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) ataupun Liga Bola Sepak Malaysia (MFL). — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram