
PENYERANG Liverpool, Darwin Nunez, tampil memberi respons terhadap kritikan dalam talian selepas kegagalannya menyempurnakan peluang keemasan dalam perlawanan menentang Aston Villa pada Khamis.
Liverpool terlepas peluang untuk melebarkan jurang 10 mata dalam saingan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Nunez gagal menjaringkan gol terbuka dari jarak dekat, satu detik yang tular di media sosial.
Situasi berkenaan terus menambah tekanan ke atas Nunez, yang semakin dikritik oleh penyokong akibat aksi tidak konsistennya di hadapan gawang.
BACA LAGI: Tanpa berselindung, bekas pengurus Arsenal label Liverpool pasukan terbaik di Eropah
BACA LAGI: Arne Slot perlu segera sedar Endo sebenarnya 'kunci' mampu bantu Liverpool julang juara EPL
Persembahan yang tidak menentu dan penyudah yang kurang tajam menyebabkan spekulasi mengenai kemungkinan perpindahannya pada musim panas nanti.
Bagaimanapun, pemain antarabangsa Uruguay itu tidak berdiam diri dan segera menggunakan media sosial untuk menegaskan tekadnya mengatasi cabaran serta berjanji untuk terus berusaha.
"Saya bukan yang terbaik tiga minggu lalu, dan saya juga bukan yang terburuk sekarang. Jika saya jatuh, saya akan bangkit. Anda tidak akan pernah melihat saya menyerah. Saya akan berikan segalanya sehingga hari terakhir saya di Liverpool," tulis Nunez pada laman X.
Sejak tiba dari Benfica pada tahun 2022 dengan nilai perpindahan awal £64 juta (RM358.4 juta), penyerang berusia 25 tahun itu sering menjadi perhatian akibat masalah ketajamannya di hadapan gawang.
Ni fui el mejor hace tres semanas ni soy el peor ahora. Si me caigo, me levanto. Nunca me van a ver bajar los brazos.
Voy a dejar todo hasta el último día que me toque estar acá en Liverpool.
Resiliencia!pic.twitter.com/cruy7OZO1o
— Darwin Núñez (@Darwinn99) February 20, 2025
Pengurus Liverpool, Arne Slot turut mengulas mengenai kegagalan penyerangnya dan bagaimana ia memberi kesan terhadap prestasinya sepanjang perlawanan.
"Saya boleh terima setiap kegagalan, terutamanya daripada pemain yang menjaringkan dua gol penting menentang Brentford.
"Apa yang sedikit sukar untuk saya terima ialah sikapnya selepas itu. Saya rasa kegagalan tersebut terlalu mengganggunya, dan dia bukan Darwin yang biasa, pemain yang bekerja keras dan membantu pasukan. Dia kelihatan terlalu kecewa," kata Slot pada hari Khamis.
Nunez musim ini meledak enam gol dalam 35 perlawanan dia diturunkan. — Agensi
Dalam pada itu, kedudukan Liverpool dalam perlumbaan kejuaraan turut terancam apabila Arsenal berpeluang merapatkan jurang kepada lima mata jika mereka berjaya menewaskan West Ham United pada Sabtu ini.
Sekiranya itu berlaku, kegagalan Nunez menyempurnakan peluang mungkin menjadi lebih signifikan, kerana setiap mata amat berharga dalam perebutan gelaran saingan tertinggi Inggeris tersebut. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram