
JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) dalam landasan terbaik untuk melangkah lebih jauh di saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas mudah menewaskan kelab Australia, Central Coast Mariners 2-1 pada Selasa (11 Februari) lalu.
Kejayaan JDT itu mungkin tak akan dicapai sekiranya pihak pengurusan Harimau Selatan tidak membawa masuk ramai pemain berstatus bintang musim ini.
Roque Mesa, Jonathan Viera dan Jese Rodriguez antara pemain bintang yang sudah mempunyai nama di pentas Eropah selepas kecemerlangan mereka beraksi bersama kelab-kelab besar.
BACA LAGI: Kesilapan teknikal atau realiti, tak semena-mena Andoni Zubiaurre dikhabar berdarah Malaysia
BACA LAGI: [VIDEO] Muka staf Everton terkena suar dalam aksi derbi menentang Liverpool
Walaupun kelab-kelab Liga Malaysia tidak mampu melakukan perkara sama seperti JDT, mereka mungkin boleh pandang kepada pihak lawan yang telah bertemu Harimau Selatan di pentas Asia.
Ini kerana kualiti yang dimiliki pihak lawan JDT sudah terbukti di Asia kerana menjadi pilihan pasukan untuk turun sebagai kesebelasan utama.
Majoriti senaraikan tiga nama yang bertemu JDT di ACLE boleh dibawa beraksi dalam Liga Malaysia:
1. Willian Popp
Willian Popp seorang pemain kelahiran Brazil yang mempunyai pengalaman luas di Asia apabila pernah beraksi di Korea Selatan, Jepun, Thailand dan China sejak 2016.
Memulakan karier di Brazil, Popp tidak menoleh kebelakang untuk terus mengembangkan bakatnya di rantau Asia sehingga menjadi antara pemain import berkualiti tinggi di ACLE musim ini.
Menentang JDT di ACLE pada 18 September lalu, Popp berjaya membantu Shanghai Shenhua (China) bangkit mengikat JDT dengan keputusan 2-2.
Popp juga tersenarai sebagai penjaring perlawanan bersama rakan sepasukannya, Gustavo Henrique.
2. Trent Sainsbury
Bagi sesiapa yang mengikuti bola sepak Eropah pastinya cukup mengenali dengan pemain kebangsaan Australia, Trent Sainsbury.
Ini kerana pemain berusia 33 tahun itu telah mewakili 11 kelab sepanjang kariernya dan antaranya adalah Inter Milan (Itali), PSV Eindhoven (Belanda) dan KV Kortrijk (Belgium) sebelum dia pulang ke Australia tahun lalu.
Dalam perlawanan menentang JDT baru-baru ini, Sainsbury cemerlang mengawal pergerakan Bergson sehingga menyukaran penyerang JDT itu untuk bergerak bebas.
Namun begitu, khidmat Sainsbury tidak dapat digunakan sepenuhnya selepas dia terpaksa keluar akibat mengalami kecederaan.
3. Jasir Asani
Mungkin sukar untuk membawa pemain nasional Albania, Jasir Asani ke Liga Super kerana kredibilitinya selaku pemain berbahaya di ACLE.
Dalam enam perlawanan ACLE, Asani telah menjaringkan tujuh gol dan satu bantuan jaringan.
Asani juga membantu Gwangju FC menewaskan JDT 3-1 yang mana dia meledak dua gol dalam perlawanan itu.
Sebelum ini, JDT antara pasukan yang dikaitkan dengan Asani susulan dia menyarung jersi Harimau Selatan selepas Eddy Israfilov menukar jersi bersamanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram