Kesilapan teknikal atau realiti, tak semena-mena Andoni Zubiaurre dikhabar berdarah Malaysia


  • Podium
  • Jumaat, 14 Feb 2025

Andoni menjadi salah seorang daripada tiga pemain tempatan yang diturunkan dalam kesebelasan utama JDT.

PENJAGA gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Andoni Zubiaurre kembali menjadi bualan hangat selepas dikhabarkan berketurunan Malaysia.

Pemain berusia 28 tahun itu turun bagi aksi ketujuh kumpulan bersama JDT menentang Central Coast Mariners dan merekodkan kemenangan 2-1 di tempat lawan.

Skuad Harimau Selatan juga kini melonjak ke tangga kelima kumpulan dengan 11 mata sekali gus mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan kalah mati.

BACA LAGI: [VIDEO] Hanya jalan ‘terhincut-hincut’ Roque Mesa mungkin berpeluang jumpa Pohang Steelers

BACA LAGI: [VIDEO] Hargai fans JDT lepas 'game', tak hairan kalau Bergson mampu menangi hati ekor Harimau Malaya

Tumpuan peminat bagaimanapun terarah kepada status Andoni yang kini menjadi sandaran Hector Bidoglio untuk beraksi pada pentas Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) musim ini.

Kemas kini oleh senarai kesebelasan utama AFC di kaca televisyen memaparkan status pemain itu sebagai warganegara Malaysia menjadi tanda tanya ramai.

Bekas penjaga gol Real Sociedad itu menjadi salah seorang daripada tiga pemain tempatan yang diturunkan dalam kesebelasan utama JDT bersama kapten, Natxo Insa dan juga Arif Aiman Hanapi.

Setakat ini, masih tiada pengesahan rasmi berkenaan status sebenar Andoni sama ada memiliki keturunan Malaysia atau tidak.

Sebelum ini, penjaga gol warisan berdarah Sepanyol difahamkan dalam perjalanan untuk menyertai JDT.

Desas-desus itu berlaku sebelum JDT mengumumkan kehadiran Christian Abad Amat yang difahamkan pemegang pasport Malaysia.

Jikalau Andoni mempunyai hubungan dengan Malaysia ia akan memberikan saingan sengit buat penjaga gol utama, Ahmad Syihan Hazmi untuk merebut jersi no.1 Harimau Malaya suatu hari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram