[VIDEO] 'Auto banyak bunyi', bekas orang kuat Selangor dedah sikap Wak Am ketika muda, optimis boleh jadi ‘orang tua’ terbaik


  • Podium
  • Rabu, 12 Feb 2025

Amri (kiri) ketika memberi perkongsian sekiranya seseorang pemain mahu mengambil sepakan penalti dengan lebih baik dan yakin.

BEKAS pengurus bola sepak Selangor, Zakaria Rahim mendedahkan sikap dan karakter legenda Gergasi Merah, Mohd Amri Yahyah yang cukup dikenali dengan semangat dan tekad yang tinggi dalam dunia bola sepak.

Dalam hantaran di laman Facebook, bekas orang kuat Selangor tersebut sempat berkongsi pengalaman dan pandangannya mengenai perkembangan peribadi Amri Yahyah atau mesra dengan sapaan Wak Am yang dikenalinya sejak zaman awal kariernya.

Menurut Zakaria atau lebih dikenali dengan panggilan Zack, Wak Am yang ketika itu masih muda sangat bersemangat dan mempunyai sikap yang sangat positif terhadap sukan.

BACA LAGI: ‘Loser mentality’, patut bangga JDT satu-satunya kelab wakil Malaysia, sumbang mata AFC MA ranking — TMJ

BACA LAGI: Man United setuju harga Gyokeres, Liverpool terima tawaran Salah

Zack turut menekankan betapa Wak Am optimis bahawa dia akan menjadi 'orang tua' terbaik dalam sukan bola sepak walaupun sudah melepasi usia aktif bermain.

Hantaran itu juga menggambarkan bahawa Wak Am memiliki visi dan hasrat untuk berkongsi pengalaman serta memberikan bimbingan kepada generasi baharu.

"Si Am ini masa zaman muda tak banyak bercakap. Datang latihan, dia fokus main saja. Habis latihan kemas barang terus balik.

"Tapi bila dah tua ini, auto banyak bunyi. Faktor usia. Dulu dia budak baik. Tapi sekarang dia bakal jadi orang tua yang baik.

"Mana-mana ibu bapa yang nak anak mereka jadi pemain bola yang baik dan berdisiplin, cari pak cik Am ini dan belajar dari dia. Insya-ALLAH menjadi. All the best Amri Yahya," katanya di Facebook.

Wak Am yang juga merupakan bekas pemain Sabah FC itu kini giat beraksi bersama liga amatur dan masih aktif mewakili PT Athletic di Liga A1 Semi-Pro musim ini.

Untuk rekod sepanjang bersama PT Athletic, Amri telah meledakkan 12 gol sekali gus menjadi penjaring terbanyak buat pasukan yang berpengkalan di Putrajaya itu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram