‘Loser mentality’, patut bangga JDT satu-satunya kelab wakil Malaysia, sumbang mata AFC MA ranking — TMJ


  • Podium
  • Rabu, 12 Feb 2025

JDT merekodkan kemenangan penting 2-1 ke atas Central Coast Mariners dalam aksi ACL Elite pada Selasa dengan dua jaringan terhasil oleh bintang baharu dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.

PEMILIK kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyelar tindakan segelintir pihak yang masih tak berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai skuad Harimau Selatan khususnya di pentas Asia.

Kejayaan yang dicapai oleh skuad Harimau Selatan itu masih menimbulkan rasa kurang senang buat segelintir pihak, sekali gus mendapat respons pantas TMJ sendiri.

Menurut TMJ, JDT ketika ini adalah satu-satunya kelab dari Malaysia yang bersaing di kejohanan Asia dan ramai pihak sepatutnya bangga kerana JDT masih mampu menyumbang mata AFC MA Ranking.

BACA LAGI: Man United setuju harga Gyokeres, Liverpool terima tawaran Salah

BACA LAGI: Bukan hanya goyang kaki, 3 usaha buktikan semangat berkobar Tan Sri Daud Bakar demi Sang Kenari

"Kitalah satu-satunya kelab yang bersaing di kejohanan Asia, patut yang ada berasa bangga kita mewakili negara, Asia Tenggara dan memberi sumbangan dalam mata AFC MA Ranking," tulis Tunku Ismail dalam hantaran InstaStory pada Rabu.

Namun, sebaliknya berlaku apabila bakal juara Liga Super 2024 itu diminta meninggalkan Liga Malaysia, kononnya kerana dikatakan menyebabkan saingan kurang kompetitif pada masa ini.

WhatsApp Image 2025-02-12 at 12.39.55

Kemenangan JDT dalam saingan ACLE berjaya menaikkan kedudukan Malaysia dalam ranking kelab.

Susulan itu, Tunku Ismail menegur pengurusan kelab lain agar tidak menyalahkan pihak luar, sebaliknya menguruskan dana serta perancangan pasukan dengan lebih bijak dan bertanggungjawab.

"Ini tidak nak kami keluar dari liga dan mengutuk liga sendiri pasal tak puas hati, pasukan sendiri dan orang dalam pengurusan masing-masing yang tak betul dengan pelbagai isu, salahkan liga dan badan induk.

"You manage your funds, perancangan pasukan, pembangunan dan infrastruktur tak betul, tapi ambil jalan mudah salahkan orang, loser mentality dan tak bertanggungjawab," ujar baginda lagi.

Terdahulu, JDT merekodkan kemenangan penting 2-1 ke atas Central Coast Mariners saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite dengan dua jaringan terhasil oleh bintang baharu dari Sepanyol, Alvaro Gonzalez.

Kemenangan dalam saingan ACLE itu berjaya menyumbang mata penting buat Malaysia melonjak dua anak tangga dalam AFC MA Ranking ke atas Australia dan Vietnam.

Keputusan tersebut turut membuka peluang buat kelab Selatan tanah air tersebut untuk mara ke pusingan kalah mati jika mampu meneruskan rentak cemerlang dalam aksi penutup Kumpulan A menentang Pohang Steelers di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor pada 18 Februari nanti. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram