
MANCHESTER United mencapai persetujuan dengan Sporting CP untuk mendapatkan penyerang mereka, Viktor Gyokeres pada musim panas ini selepas kelab Portugal itu bersetuju untuk menurunkan harga permintaan mereka kepada €70 juta (RM322 juta).
Perjanjian itu memberi bayangan bahawa Man United semakin hampir untuk membawa Gyokeres ke Old Trafford.
Kehadiran Gyokeres dilihat akan membantu kelab gergasi Inggeris itu dalam meningkatkan kekuatan serangan mereka.
BACA LAGI: Bukan hanya goyang kaki, 3 usaha buktikan semangat berkobar Tan Sri Daud Bakar demi Sang Kenari
BACA LAGI: Peluang 50-50 kembali beraksi, katanya misteri kehilangan Hong Wan angkara kecederaan luar padang
Begitpun, Barcelona dilaporkan masih belum berputus asa dan tetap berusaha untuk mendapatkan Gyokeres dengan menawarkan penyerang muda mereka, Vitor Roque sebagai sebahagian daripada tawaran pertukaran pemain.
Walaupun Barcelona berhadapan dengan persaingan sengit, mereka dijangka tetap berharap dapat menarik Gyokeres ke La Liga.
Salah (tengah) ketika meraikan kejuraan EPL 2019/20 bersama Liverpool. — Agensi
Sementara itu, Mohamed Salah kini semakin menjadi tumpuan selepas Al Hilal dari Arab Saudi dilaporkan telah berbincang dengan Liverpool mengenai kemungkinan untuk membawa bintang Mesir itu ke liga mereka.
Liverpool dilaporkan bersedia menerima tawaran dari Al Hilal dengan syarat Salah tidak memperbaharui kontraknya lebih awal.
Jika perjanjian itu berhasil, Salah berkemungkinan akan bermain di Piala Dunia Kelab FIFA 2025 yang akan datang.
Langkah itu menunjukkan bahawa Liverpool mungkin akan membuat keputusan drastik untuk memudahkan perpindahannya jika Salah memilih untuk tidak memperbaharui kontraknya di Anfield. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram