Peluang 50-50 kembali beraksi, katanya misteri kehilangan Hong Wan angkara kecederaan luar padang


  • Podium
  • Isnin, 10 Feb 2025

Hong Wan merupakan tonggak utama skuad Harimau Selatan di bahagian tengah sejak menyertai kelab itu tiga tahun lalu. — Facebook/JOHOR Southern Tigers

PEMAIN tengah Johor Darul Takzim (JDT), Hong Wan kini dalam keadaan tidak pasti untuk kembali beraksi selepas dilaporkan mengalami kecederaan yang berpunca dari luar padang.

Menurut perkongsian dari Onefootball.my di laman X, kehilangan Hong Wan dalam pasukan disebabkan kecederaan tersebut dan peluang untuk kembali beraksi di atas padang dikatakan adalah 50-50.

Kecederaan itu menjadi misteri kerana ia bukan berpunca daripada tindakan di atas padang, sebaliknya lebih kepada insiden luar padang yang tidak dijelaskan secara terperinci.

BACA LAGI: Beraksi lebih baik, Nelson San Martin janji terus bantu skuad muda Sang Kenari

BACA LAGI: [VIDEO] Raih kemenangan ke-2 di Indonesia, aksi Kim Swee terduduk kena 'tackle' curi tumpuan

Hong Wan..

Kali terakhir Hong Wan berada dalam pasukan adalah ketika kempen ACL Elite. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Keadaan itu menimbulkan ketidakpastian tentang pemulihan dan tempoh yang diperlukan untuk Hong Wan kembali cergas sepenuhnya.

"Ramai bertanya mengapa Hong Wan lama tak main ? Admin difahamkan Hong Wan cedera di kaki bukan dari dalam padang atau main bola tetapi luar padang.

"Doktor beritahu risiko 50-50 untuk bermain bola," katanya.

Graduan akademi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Wolverhampton Wanderers itu gagal dikesan sejak beraksi dalam kempen Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite menentang kelab China, Shanghai Port pada 18 September lalu.

Untuk rekod, sejak dibawa masuk pada musim 2021, pemain tengah berketinggian 1.76 meter itu hanya mencatatkan 13 penampilan bersama skuad Harimau Selatan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram