
WALAUPUN sudah tujuh tahun berlalu, perang psikologi penjaga gol Thailand, Chatchai Budprom pastinya masih terpahat dalam setiap ingatan penyokong-penyokong Harimau Malaya semasa kejohanan Piala AFF 2018.
Manakan tidak, Chatchai menasihatkan pemain-pemain Harimau Malaya supaya tidur lena sebelum mengalami mimpi ngeri pada pertemuan separuh akhir kedua Piala AFF di Stadium Nasional Rajamangala, Bangkok pada 5 Disember 2018.
Kenyataan itu diucapkan oleh Chatchai sebelum Gajah Perang tewas dicakar Harimau Malaya di bumi Thailand dengan jaringan seri 2-2 sekali gus layak ke final Piala AFF 2018.
BACA LAGI: NSL 2025: Johor Jewels lakar kemenangan hatrik, Perak Phoenix bangkit kutip 3 mata pertama
BACA LAGI: [VIDEO] ‘Chemistry’ kuat Jonathan Viera-Roque Mesa kemudi tengah padang bukti pembelian bijak JDT
Skuad bimbingan Tan Cheng Hoe ketika itu mara ke perlawanan akhir menerusi peraturan gol di tempat lawan.
Selepas tujuh tahun, Chatchai kembali mewarnai hari-hari penyokong Harimau Malaya apabila lakonannya ketika Buriram United menentang Kuala Lumpur City FC menghiburkan hati orang ramai.
Dalam perlawanan itu, pemain import KL City, Patrick Reichelt dilihat sedang mengikat tali kasutnya sebelum Chatchai hadir dan membuat onar.
Penjaga gol Buriram United itu bertindak mengambil kasut milik Reichelt sebelum dia bertindak berang akan kelakuan Chatchai.
Berang dengan tindakan Chatchai, Reichelt bangun dan terus memegang bahu penjaga gol Thailand itu sebelum dia melakukan lakonan seperti menjadi mangsa kekasaran pemain KL City.
Berharap pegawai bertanggungjawab mengenakan tindakan kepada Reichelt, namun sebaliknya berlaku apabila Chatchai dilayangkan kad kuning susulan mengambil kasut pemain lawan oleh pengadil.
Drama dilakukan Chatchai itu terus mengembalikan nostalgia 'mimpi ngeri' penyokong terhadap amaran yang pernah dibuatnya kepada Harimau Malaya.
"Teringat mimpi ngeri tujuh tahun lepas," kata Megat Ahmad.
"Kalah drama Tamil, Chatchai tak pernah berubah," ujar Nurazhar Mohd Zin.
"Dalam hati penjaga gol, 'aduh' lakonan kantoi, asal aku pergi pegang kasut dia," komen Zul Iriahkluz.
"Dia ikat tali kasut, datang penjaga gol, sakit hati tanggalkan kasut pemain itu pula," jelas Harm Ka.
Dalam perlawanan itu, Buriram United berjaya menewaskan KL City dengan keputusan 1-0 sekali gus layak ke pusingan separuh akhir Piala Shopee selepas dinobatkan sebagai naib juara Kumpulan B. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram