Ibu kongsi cerita, pemain warisan Malaysia keturunan kerabat Diraja Pahang


  • Podium
  • Isnin, 10 Feb 2025

Kyrgios mempunyai darah kacukan Greece dan Malaysia. — Agensi

SIAPA sangka pemain tenis terkenal dari Australia, Nick Kyrgios sebenarnya memiliki darah keturunan diraja Pahang.

Kyrgios atau nama sebenarnya, Nicholas Hilmy Kyrgios memiliki darah tersebut kerana ibunya, Norlaila merupakan kerabat diraja Pahang.

Norlaila berasal dari Gombak, Selangor dan neneknya merupakan sepupu kepada Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah.

BACA LAGI: [VIDEO] Pernah bahan Harimau Malaya, KL City mangsa baharu drama Chatchai Budprom

BACA LAGI: [VIDEO] Media Australia buat analisis, waspada ancaman 7 ayam tambatan JDT

Norlaila kemudiannya berhijrah ke Australia pada usia 20-an sebelum bertemu jodoh dengan George Kyrgios.

Selain Kyrgios, pasangan itu turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Christos dan Halimah.

Meskipun cukup dikenali dengan tujuh gelaran juara Persatuan Pemain Tenis Profesional (ATP), Kyrgios tidak pernah melupakan negara ibunya itu.

Malah, jika berkesempatan, Kyrgios berusaha meluangkan masa bersama keluarga belah ibunya setiap kali berada di Malaysia.

"Nick cukup rapat dengan sanak-saudara di Malaysia yang mana dia kerap melawat mereka.

"Malah, dia juga bermain tenis di Cameron Highland semasa kali terakhir kita berada di Malaysia.

"Seluruh keluarga Kyrgios cukup rapat dengan keluarga saya. Saya mahu rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian Nick kerana darah Malaysia mengalir dalam dirinya," kata Norlaila kepada ABC.

Malah, Kyrgios turut berkongsi imej dirinya memakai baju Melayu ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri pada April 2024.

"Orang selalu terlupa (saya ada) darah separuh orang Greece, separuh lagi orang Malaysia. Kygs dengan baju Melayu penuh,” katanya dalam satu hantaran Instagram Story.

Selepas kembali beraksi pada 2025 untuk saingan Brisbane International dan Australian Open, kini fokus Kyrgios beralih pula kepada saingan Indian Wells yang akan bermula pada 5 Mac depan. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram