Sebelum Rodrigo Dias, ada 3 striker tumpul termasuk milik Selangor, Pahang sempat cetak hatrik Liga Super


  • Podium
  • Ahad, 09 Feb 2025

Penang FC meraih kemenangan besar ke atas Kelantan Darul Naim dengan keputusan 6-1 dalam saingan Liga Super pada Jumaat.

PENYERANG Penang FC, Rodrigo Dias yang sebelum ini dilihat tumpul di hadapan pintu gol, akhirnya berjaya menemui semula sentuhan tajamnya setelah beberapa perlawanan mengecewakan.

Meskipun beraksi di bahagian serangan, Dias gagal mempamerkan kualiti penyudah yang diharapkan dalam beberapa perlawanan sebelum ini menyebabkan Penang FC sukar meraih keputusan memberangsangkan.

Namun, kepercayaan yang diberikan oleh Ketua Jurulatih Penang FC, Wan Rozaimi Wan Ismail ternyata berbaloi.

BACA LAGI: Wan Rohaimi tegur ketumpulan Rodrigo Dias, anggap setiap perlawanan aksi final

BACA LAGI: 'Everyone can score', fans teruja taktikal JDT, padu macam pasukan Eropah

WhatsApp Image 2025-02-08 at 17.31.25

Rodrigo Dias berhasil mencetak empat gol dalam aksi bertemu Kelantan Darul Naim.

Wan Rozaimi yang terus memberi peluang kepada Dias dan penyerang kelahiran Brazil itu berhasil membuktikan kepercayaan tersebut dengan meledak empat gol dalam kemenangan 6-1 ke atas Kelantan Darul Aman FC pada Sabtu dalam saingan Liga Super 2024 pada Jumaat.

Kemenangan tersebut bukan hanya mengembalikan keyakinan terhadap Dias, tetapi juga memberi momentum positif kepada pasukan untuk mencapai kejayaan lebih besar dalam liga.

Namun, tahukah anda bahawa selain Dias, tiga lagi penyerang import yang tumpul juga berjaya mencetak hatrik dalam saingan Liga Super?.

Boakye

Boakye (kanan) hanya menjaringkan enam gol untuk Selangor musim ini. — Facebook/Selangor FC

1. Richmond Boakye

Bekas penyerang import Selangor FC, Richmond Boakye mempamerkan bisanya dalam saingan Liga Super apabila meledak hatrik berdepan Kelantan FC ketika kemenangan besar 11-2 saingan Liga Super pada 25 Ogos 2023.

Boakye mewarnai Liga Malaysia pada separuh kedua musim 2023,meskipun hanya sempat beraksi sebanyak 15 kali, bekas penyerang Juventus itu menyumbat enam gol dan mencipta tiga bantuan gol untuk Gergasi Merah.

Penyerang berusia 32 tahun itu turut membantu Merah Kuning menamatkan kempen Liga Super musim tersebut di tangga kedua dan membolehkan mereka layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2) 2023.

Bagaimanapun, persembahan buruk Boakye bersama-sama Selangor itu dilihat sudah berakhir kerana bermula daripada 1 Januari 2024, penyerang tersebut dilaporkan sudah tidak mempunyai kelab.

Begitu pun, penyerang berketinggian 1.86 meter itu kini dilaporkan menyertai kelab Bosnia, FK Sloga Meridian.

KUANTAN 10 FEBRUARY 2016. Dalibor Volas menjalani sesi latihan di Padang Taman Gelora bersama pasukan Pahang. STR/SHAFIQ ZAIN

Dalibor Volas ketika beraksi bersama Pahang bagi musim 2016.

2. Dalibor Volas

Prestasi bekas import Pahang, Dalibor Volas, sering diragui, namun dia tetap menjadi pilihan utama pengendali ketika itu, Ahmad Shaharuddin, untuk kesebelasan utama pasukan dalam saingan Liga Super 2016.

Pahang mencatatkan kemenangan dramatik 4-3 ke atas Perak selepas Dalibor Volas meledak hatrik, termasuk gol kemenangan pada masa tambahan.

Dengan hatrik tersebut, Volas berjaya membuktikan ketajamannya sebagai penyudah yang tajam, sekali gus menutup kritikan penyokong Tok Gajah yang ketika itu turut mempertikai prestasinya di atas padang.

Untuk rekod, penyerang berusia 38 tahun itu meninggalkan Pahang pada musim 2017 dan kini menabur bakti bersama ASD Sevegliano Fauglis.

Luka

Luka Milunovic merakamkan hatrik pertamanya bersama-sama Perak FC musim ini. — Facebook/Perak FC

3. Luka Milunovic

Bekas penyerang berbisa Perak FC, Luka Milunovic pernah menjadi watak penting buat The Bos Gaurus (TBG) apabila meledak hatrik dalam kemenangan 8-0 ke atas Kelantan FC saingan Liga Super pada 28 Oktober 2023.

Sejak datang menyertai Perak, Milunovic tidak berhasil untuk mendapatkan sebarang gol untuk skuad Seladang.

Namun, kepercayaan yang sering diberikan oleh Yusri Che Lah akhirnya membuahkan hasil apabila dia berjaya meledak hatrik.

Meskipun begitu, jodoh Milunovic bersama Perak akhirnya terlerai apabila kontraknya berakhir 31 Disember musim lalu.

Sepanjang menyarung jersi skuad Seladang, Milunovic beraksi sebanyak 28 perlawanan dan menjaringkan tujuh gol dan mencipta lima bantuan jaringan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram