
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) menepati ramalan apabila mudah melangkah ke final Piala Malaysia 2024 selepas menyingkirkan Terengganu FC dengan agregat 6-1 dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor pada Sabtu lalu.
Di pentas final, JDT akan bertemu Sri Pahang FC yang turut mencatatkan pencapaian luar biasa dengan mara ke final setelah menewaskan Sabah FC dengan agregat 3-2.
Kini, kedua-dua pasukan dilihat bersedia untuk bertarung di final Piala Malaysia dalam merebut gelaran berprestij tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Benteng JDT tak padu mana, 3 pemain lokal selamba gegar jaring Harimau Selatan
Penyerang berbisa Bergson dinasihatkan agar tidak pentingkan diri dalam final Piala Malaysia nanti. — Facebook/JDT
Bagaimanapun, menjelang aksi yang berlangsung pada 26 April nanti, ramai penyokong Harimau Selatan berharap agar penyerang berbisa JDT, Bergson da Silva tidak terlalu mementingkan diri dalam perlawanan mendebarkan itu.
Walaupun Bergson terkenal dengan kehebatannya menjaringkan gol, peminat JDT mengingatkan agar penyerang kelahiran Brazil itu tidak terlalu tamak untuk mendapatkan gol peribadi, sebaliknya memberi tumpuan kepada permainan berpasukan.
Penyokong mengharapkan Bergson untuk menunjukkan sikap kesungguhan dan kerjasama dengan rakan sepasukan kerana kejayaan pasukan lebih penting daripada kejayaan individu.
"Harap Bergson tak tamak masa final Piala Malaysia nanti," kata Ady Haiqal.
"Setuju, harap saja Bergson tidak tamak nanti, nampak sangat masa ada peluang nak lorong pada Jorge Obregon, dia tak bagi, padahal elok saja Obregon main," kata Abdullah Hassan Dollah Chong.
"Betul, banyak saja jaringan boleh cetak tapi kadang Bergson ini pandai tamak," kata Aiman Hakim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram