[VIDEO] Juara dunia luncur ais Rusia antara 64 mangsa pesawat terhempas di AS


  • Podium
  • Khamis, 30 Jan 2025

Sekurang-kurangnya 18 mayat ditemukan setakat ini selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang dilaporkan terhempas di Sungai Potomac di Washington DC pada Rabu. — AFP

PASANGAN suami isteri, bekas juara dunia luncur ais Rusia iaitu Yevgenia Shishkova dan Vadim Naumov dilaporkan berada dalam pesawat American Airlines yang terhempas ke dalam Sungai Potomac, Washington DC, Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.

Difahamkan ketika kejadian tragis itu, pesawat yang dalam perjalanan dari bandar Wichita di Kansas itu bertembung di udara dengan helikopter tentera AS berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Reagan Washington.

Shishkova dan Naumov, yang memenangi kejuaraan dunia luncur ais pasangan pada tahun 1994, sudah tinggal di Amerika Syarikat sejak sekurang-kurangnya 1998. Sepanjang tempoh tersebut, mereka aktif melatih peluncur ais muda di negara itu.

BACA LAGI: [VIDEO] ‘Dia sempat teks mendarat lagi 20 minit’, suami harap isteri bukan 18 terkorban nahas helikopter tentera, jet pejuang penumpang bertembung di AS

BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan

Anak lelaki mereka iaitu Maxim, yang kini bertanding untuk Amerika Syarikat dalam acara luncur ais individu, turut dipercayai berada dalam pesawat tersebut.

Maxim baru sahaja menyelesaikan pertandingan di Kejuaraan Luncur Ais AS di Wichita, Kansas, yang berlangsung dari 20 hingga 26 Januari.

Pasangan itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari kejohanan tersebut dan bersama sekumpulan peluncur ais muda, yang turut berada dalam pesawat berkenaan.

Laman berita Rusia, Mash melaporkan bahawa seramai 13 peluncur ais, kebanyakannya anak-anak imigran Rusia yang menetap di Amerika Syarikat, turut dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan.

ICE SKATING

Naumov mengangkat pasangannya, Shishkova semasa luncur bebas untuk memenangi acara berpasangan grand prix NHK Trophy di Nagoya, Jepun pada 9 Disember 1995. — Reuters

Selain itu, Inna Volyanskaya iaiyu bekas peluncur ais dari Kesatuan Soviet yang kini berkhidmat sebagai jurulatih di kelab luncur ais Washington, juga dilaporkan berada dalam pesawat tersebut.

Pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian ini, namun ia menjadi satu tragedi besar yang menggemparkan komuniti sukan luncur ais.

Setakat ini, Amerika Airlines memberitahu sekurang-kurangnya 18 mayat ditemukan selepas sebuah pesawat penumpang yang membawa 64 orang termasuk empat krew itu terhempas. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram