Wei Chong-Kai Wun senyapkan satu Istora Senayan, kejutkan pasangan tuan rumah ungguli Indonesian Masters


  • Podium
  • Ahad, 26 Jan 2025

Man Wei Chong (kiri) dan Tee Kai Wun mengharumkan nama negara dengan memenangi gelaran Indonesian Masters di Jakarta.

MAN Wei Chong-Tee Kai Wun mencipta kemenangan sensasi apabila berjaya menundukkan pemain pilihan tuan rumah dan pasangan no.4 dunia, Fajar Alfian-Rian Ardianto, untuk merangkul gelaran juara Indonesian Masters.

Wei Chong-Kai Wun beraksi cemerlang untuk mencatat kemenangan 21-11, 21-19 dalam tempoh masa 38 minit pada perlawanan akhir yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia pada Ahad (26 Januari).

Kemenangan itu merupakan kali pertama pasangan nombor 13 dunia dengan menewaskan Fajar-Rian selepas tewas dalam empat pertemuan sebelumnya menentang pasangan Indonesia tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Minta Ferrari untuk kekasih, Cristiano Ronaldo 'sekolahkan' anak

BACA LAGI: [VIDEO] Selangor, Terengganu boleh berkira-kira ikat 2 bintang bantu CAHN 'comeback' benam KL City

Mereka juga mencatat sejarah sebagai beregu lelaki pertama yang memenangi gelaran di Indonesian Masters sejak kejohanan itu diperkenalkan pada 2010.

Selain itu, mereka menjadi beregu lelaki Malaysia kedua yang berjaya memenangi gelaran di Istora selepas 17 tahun, mengikuti jejak langkah Mohd Zakry Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari, yang memenangi Indonesian Open 2008 di lokasi sama.

Wei Chong-Kai Wun berjaya meraih gelaran terbesar dalam kerjaya mereka setakat ini dalam kejohanan World Tour Super 500, sekali gus menambah koleksi kejuaraan pertama mereka sejak menjuarai Taiwan Open 2023 (Super 300).— The Star/R. KIRUBASHINI

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram