Segak berbaju Melayu, bersongkok hitam, Rizal Ghazali tamatkan zaman bujang?


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Rizal menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih pilihan hati.

SELEPAS sekian lama kelibatnya tidak kelihatan di atas padang, bek kanan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Mohd Rizal Ghazali telah menamatkan zaman bujangnya bersama wanita pilihan hati pada Sabtu (25 Januari).

Perkara itu dikongsikan oleh Rizal menerusi laman Instagram miliknya yang turut memuat naik hantaran semula ucapan daripada rakan-rakan dan ahli keluarga.

Dalam hantaran sama juga, kelihatan sebuah gambar Rizal mengenakan busanan berbaju melayu berwarna putih sambil bercakap dengan seseorang menerusi panggilan 'video call.'

BACA LAGI: [VIDEO] 'Saya berdarah Sepanyol', Ivan Alejo nafi sertai revolusi pemain warisan Harimau Malaya

BACA LAGI: [VIDEO] 'Siapa no.2 masa itu?', Chelsea pamer jersi Harimau Malaya simbol persahabatan di Stamford Bridge

Perkongsian Rizal itu menamatkan segala spekulasinya bersama kekasih terdahulu dikenali sebagai Dr Hana Rose.

Musim ini, kelibat Rizal di atas padang begitu terhad apabila dia antara pemain Kedah yang boikot untuk turun beraksi selepas kelab mengalami masalah tunggakan gaji.

Kali terakhir Rizal beraksi bersama Kedah pada 18 Disember tahun lalu semasa Sang Kenari berjaya mencatatkan kemenangan ke atas Penang FC dengan keputusan 1-0 di halaman sendiri.

Sebelum ini, Rizal juga terlibat dengan kontroversi dua pertuduhan merosakkan telefon bimbit dan mencederakan bekas kekasihnya di sebuah hotel, pada Jun 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram