[VIDEO] 'Saya berdarah Sepanyol', Ivan Alejo nafi sertai revolusi pemain warisan Harimau Malaya


  • Podium
  • Sabtu, 25 Jan 2025

Ivan (kanan) musim ini beraksi bersama APOEL Nicosia secara pinjaman daripada Cadiz CF.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) telah mengumumkan lapan pemain warisan baharu kini dalam proses untuk mewakili skuad kebangsaan menjelang aksi pertama kelayakan Piala Asia 2027 yang akan berlangsung pada 25 Mac nanti.

Menerusi satu kenyataan rasmi, FAM memaklumkan bahawa lapan pemain warisan baharu kini dalam perjalanan ke Malaysia untuk melengkapkan proses dokumentasi.

"FAM ingin memaklumkan bahawa proses mendapatkan kerakyatan Malaysia bagi empat pemain warisan baharu kini sedang menunggu kelulusan muktamad daripada Kerajaan Malaysia.

BACA LAGI: Sebelum Harimau Malaya, Selangor FC antara 3 kelab pernah sarung jersi Puma

BACA LAGI: [VIDEO] 'Siapa no.2 masa itu?', Chelsea pamer jersi Harimau Malaya simbol persahabatan di Stamford Bridge

"Selain itu, FAM juga dalam proses melengkapkan dokumentasi bagi empat pemain lain.

"FAM berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia atas sokongan yang diberikan dalam usaha meningkatkan mutu pasukan Harimau Malaya," katanya pada Sabtu (25 Januari).

Dalam kerancakan penyokong menerima khabar gembira itu, pelbagai spekulasi telah bermain di media sosial dengan mengaitkan nama-nama pemain bintang di Eropah.

Khabar angin yang mengaitkan nama-nama bintang Eropah itu berlaku selepas Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim berkongsi telah menjumpai enam hingga tujuh pemain warisan dari Eropah Selatan.

Ia sekali gus menaikan semula Naim Garcia yang merupakan pemain dari Sepanyol selepas sebelum ini pernah didakwa mempunyai hubungan dengan Malaysia.

WhatsApp Image 2025-01-25 at 12.11.51 PM

Wikipedia menyatakan Ivan mempunyai hubungan dengan Malaysia.

Terbaharu, pemain sayap kelab APOEL Nicosia, Ivan Alejo pula dikaitkan bakal menyarung jersi Harimau Malaya selepas profilnya di laman Wikipedia menyatakan dia mempunyai hubungan dengan negara ini.

Menerusi rekod pengalaman beraksi di Eropah, Ivan merupakan graduan Akademi Atletico Madrid dan telah beraksi bersama beberapa kelab dalam Liga Sepanyol.

Antara kelab yang disertainya ialah AD Alcorcon, SD Eibar, Getafe CF, Malaga CF dan Cadiz CF sebelum dia terbang ke Cyprus.

Namun begitu, hasrat untuk melihat pemain berusia 29 tahun itu menyarung jersi Harimau Malaya hanyalah 'mimpi di siang hari' selepas dia menafikan dakwaan mempunyai pertalian darah dengan Malaysia.

"Apa? Kenapa semua orang cakap benda yang sama?

"Tidak, tidak saya orang Sepanyol dan mencintai Malaysia atas sebab negara yang cantik.

"Tapi saya tiada hubungan dengan Malaysia," katanya kepada Majoriti.

Ivan turut menyatakan dia tidak pernah datang ke Malaysia untuk bercuti mahupun berjumpa keluarga di negara ini.

Ia sekali gus menamatkan spekulasi Ivan antara lapan pemain yang bakal menyertai revolusi Harimau Malaya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram