[VIDEO] Jojo mahu balas dendam, rancang ubah cara berlawan dan lebih tenang dalam gelanggang


  • Podium
  • Ahad, 26 Jan 2025

Jojo mengidamkan satu lagi pertarungan bagi membalas dendam kekalahannya kepada Estupinan yang bakal diadakan tahun ini. — One Championship

PETINJU muay thai negara, Johan Ghazali Zulfikar mahu menyesuaikan diri dengan strategi berbeza sebagai persediaan menghadapi pihak lawan di masa akan datang.

Menurut laporan Stadium Astro, perkara itu diluahkan Johan atau lebih dikenali sebagai Jojo selepas melihat semua pihak lawan tidak mampu ditumbangkan secara 'technical knock out' (TKO) berikutan kekalahannya kepada Johan Estupinan dalam pertarungan One170 di Bangkok, Thailand pada Jumaat lalu (24 Januari).

"Macam biasa, kalau strategi betul tak juga kalah.

"Jadi bagi pertarungan seterusnya, saya perlu ubah strategi dan corak pertarungan.

"Tetapi kalau daripada segi fizikal dan mental, saya berada di tahap 100 peratus.

"Beginilah sukan muay thai, kadang-kadang menang adakala kalah dalam separuh saat pertarungan boleh berubah.

"Insya-ALLAH saya akan cuba (pendekatan) yang lain pula dalam aksi seterusnya," katanya pada Ahad.

Dalam pada itu, Jojo mengidamkan satu lagi pertarungan bagi membalas dendam kekalahannya kepada Estupinan yang bakal diadakan tahun ini.

"Saya akan cuba dalam pertarungan seterusnya.

"Saya perlu menjadi lebih serba boleh maka saya akan fokus kepada (tingakatkan aspek) tangan, kaki, lutut dan siku, perlu tingkatkan apa yang patut," jelasnya lagi. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram