KLINIK Netball Super League (NSL) 2025 yang berlangsung di Sports Arena UNITEN, Selangor menyaksikan seramai 200 pelajar sekolah menengah berumur dalam lingkungan 13 hingga 17 tahun dari seluruh negara menyertai program tersebut.
Program yang turut dihadiri oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh itu bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan berkualiti kepada pemain muda, sekali gus meningkatkan pembangunan sukan bola jaring di tanah air.
Berkongsikan perasaan mengenai program yang dianjurkan oleh ASTRO itu, salah seorang ibu peserta, Idawarni Ibrahim meluahkan harapan agar anaknya dapat mencapai matlamat yang lebih besar dalam dunia sukan.
BACA LAGI: [VIDEO] Baddrol meriahkan majlis kahwin Rizal Ghazali, sempat singgah rai Sanusi sambut menantu
BACA LAGI: Satu-satunya peserta lelaki Klinik NSL, atlet memanah, kriket mahu uji kesukaran bola jaring
Peserta Klinik NSL 2024, Idrina Aisya.
Menurutnya, dia ingin melihat anaknya, Irdina Aisya Mohd Noridzman,13, yang aktif dalam sukan mempunyai matlamat jelas, seperti idolanya dalam sukan bola jaring iaitu Fariha Razak.
"Saya mahu dia ada goal (matlamat), bukan sekadar bermain di sekolah. Saya sokong minatnya dalam sukan bola jaring dan akan hantar dia ke kelas untuk meningkatkan kemahirannya," ujar ibu tersebut, katanya kepada Majoriti ketika ditemuikan pada Klinik NSL 2025 pada Sabtu.
Menurut Idawarni yang juga bekerja sebagai pegawai pentadbir di Malaysia Airports Holdings Berhad, anaknya mula menunjukkan minat yang mendalam terhadap sukan tersebut sejak darjah 6 dan kini fokus sepenuhnya untuk mengembangkan bakatnya dalam acara itu.
"Saya sendiri bermain bola jaring dan saya galakkan dia untuk terus bermain. Jika ada latihan atau perlawanan, saya bawa dia sekali," katanya.
Kedua ibu bapa Irdina Aisya turut hadir memberi sokongan di Sports Arena UNITEN.
Ibu kepada enam orang anak itu berkata, dia akan terus memberikan sokongan penuh kepada anak sulungnya dalam mengejar impian dan matlamat dalam dunia sukan netball
"Dulu saya minat, tetapi tidak ada peluang. Sekarang, saya mahu anak saya dapat peluang untuk berkembang dan jika ada rezeki, mungkin dia boleh bermain untuk pasukan negeri atau kelab besar seperti Putrajaya Dynamite atau Selangor Angels," tambahnya.
Menurut Idawarni, anak sulung dari enam adik beradik itu pernah mencuba nasib untuk memasuki sekolah suka namun rezeki belum berpihak kepadanya.
"Walaupun dia tidak berjaya masuk sekolah sukan, saya tetap sokong dia untuk terus berlatih dan mengasah bakatnya," kongsinya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram