Pearly-Thinaah kempunan rangkul kejuaraan Master Indonesia


  • Podium
  • Ahad, 26 Jan 2025

AKSI sengit di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia itu berlanjutan selama tiga set, menyaksikan Pearly-Thinaah ditundukkan 12-21, 21-17, 18-21.

PASANGAN beregu wanita utama negara, Pearly Tan-M.Thinaah terlepas peluang untuk merangkul gelaran juara di Masters Indonesia apabila tewas di tangan beregu Korea Selatan, Kong Hee Yong-Kim Hye Jeon dalam perlawanan final pada Ahad.

Aksi sengit di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia itu berlanjutan selama tiga set, menyaksikan Pearly-Thinaah ditundukkan 12-21, 21-17, 18-21.

Keputusan tersebut sekali gus menjadikan ia sebagai kekalahan kedua berturut-turut pasangan ketujuh dunia berkenaan kepada Hee Yong-Hye Jeon yang baru bergandingan tahun lepas.

BACA LAGI: Pearly-Thinaah rawat duka 3 beregu campuran, terus mara ke semifinal Indonesia Masters

BACA LAGI: Lepas Terbuka Malaysia, Zii Jia sah tarik diri kejohanan di India, Indonesia

Pasangan Korea terbabit menundukkan Pearly-Thinaah di separuh akhir Terbuka India, minggu lalu.

Dengan kemenangan tersebut, Hee Yong-Hye Jeon membawa pulang habuan wang tunai sebanyak AS$37,525 (RM164,284) manakala Pearly-Thinaah pula terpaksa berpuas hati menerima AS$18,050 (RM79,022).

Di sebalik kekalahan itu, ia tetap merupakan pencapaian memberangsangkan bagi Pearly-Thinaah, yang mara ke final pertama mereka sejak mendapat tempat kedua dalam Terbuka Artik Oktober lalu di belakang kepada pasangan nombor dua dunia dari China, Liu Shengshu-Tan Ning.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram