PASUKAN Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedang mengenal pasti jenis bahan kimia yang menyebabkan letupan di sebuah kilang kimia di kawasan perindustrian Sungai Kapar Indah dekat Klang, Selangor pada Isnin.
Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, tujuh anggota Hazmat dikerahkan ke lokasi kejadian bagi mengenal pasti jenis bahan kimia yang menyebabkan letupan di premis terbabit.
Katanya, kebakaran dipercayai berpunca daripada kebocoran gas namun pihaknya masih menjalankan siasatan.
BACA LAGI: [VIDEO] Misteri kematian wanita ada kesan luka terjawab lepas suami jalani ritual Dayak Kalimantan
BACA LAGI: [VIDEO] Padah leka sesaat, pekerja kilang maut kepala tersepit mesin pemampat di Turkiye
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, kejadian terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kehilangan jiwa.
"Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara menerima panggilan berkaitan kejadian pada pukul 4.45 petang.
"Siasatan awal mendapati letupan berpunca daripada bahan kimia yang disimpan di pekarangan kilang terbabit," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Jelas beliau lagi, kejadian turut mengakibatkan berlaku kerosakan pada bangunan kilang berkenaan serta kilang berdekatan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram