Bukan lagi ejen bebas, ex import acah 'scam' Selangor FC kini sertai kelab Eropah


  • Podium
  • Selasa, 21 Jan 2025

Boakye menyertai FK Sloga Meridian selepas setahun bergelar ejen bebas. — FK Sloga Meridian

BEKAS pemain import Selangor FC, Richmond Boakye akhirnya mendapat kelab baharu selepas setahun bergelar ejen bebas apabila kontraknya ditamatkan oleh Gergasi Merah pada musim lalu.

Pemain kelahiran Ghana itu menyertai kelab Bosnia, FK Sloga Meridian apabila dia menjadi sebahagian sembilan bintang baharu yang menyertai kelab Liga Perdana Bosnia-Herzegovina.

"Richmond Boakye sah menyertai kelab FK Sloga Meridian," kata kelab itu dalam satu kenyataan ringkas di platform media sosial rasmi mereka.

BACA LAGI: Marcus Rashford bakal 'reunion' bersama Erik ten Hag di Borussia Dortmund

BACA LAGI: 'Elok lagi kena gantung 2 perlawanan, tindakan protes boleh akibatkan Manuel Hidalgo kena hukuman lebih berat'

Selain Boakye, FK Sloga Meridian turut merekrut Benjamin Tatar, Nikola Mandić, Hamza Ljukovac, Donald Mols, Nedim Mekić, Nemanja Tomašević, Miloš Vranjanin dan Alen Dejanović.

Kesemua pemain ini diperkenalkan dalam satu sidang media yang dihadiri presiden kelab, Miroslav Krsic, pengarah sukan, Zlatko Maksimovic dan ketua jurulatih, Nedim Jusufbegovic baru-baru ini.

Boakye mewarnai Liga Malaysia pada separuh kedua musim 2023. Meskipun hanya sempat beraksi sebanyak 15 kali, bekas penyerang Juventus itu menyumbat enam gol dan mencipta tiga bantuan gol untuk Selangor.

Beliau turut membantu Merah Kuning menamatkan kempen Liga Super musim tersebut di tangga kedua. Ini membolehkan mereka layak secara merit ke Liga Juara-Juara AFC 2 (ACL2).

Selain Selangor, Boakye pernah beraksi untuk Red Star Belgrade, Gornik Zbarze, Roda JC, Sassuolo dan Jiangsu FC. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram