SETIAP perlawanan bola sepak pastinya ada detik-detik yang mencemaskan terutamanya buat para penyokong tidak kira di Malaysia mahu pun luar negara.
Begitu juga dengan peristiwa ketika perlawanan antara kelab liga Jerman pada 2012.
Insiden lucu itu berlaku ketika para penyokong yang menyaksikan kelab FC Magdeburg menentang pasukan Berliner AK 07 membuat sorakan unik.
BACA LAGI: Pengunjung pasar ikan Sandakan terperanjat jumpa mayat tak berbaju terapung dekat jeti
BACA LAGI: [VIDEO] Selamba seret besi, 'rider' bawa muatan berat bahayakan pengguna jalan raya di Sarawak
Berdasarkan laporan agensi, penyokong tersebut bertindak menggunakan anak panah neon gergasi untuk mengingatkan para pemain lokasi gawang gol mereka.
Ia selepas pasukan Magdeburg tidak dapat menjaringkan satu gol dalam lima perlawanan berturut-turut.
Pada masa sama, anak panah tersebut juga disertakan dengan slogan 'jangan risau, kami akan tunjukkan di mana gol lawan'.
Siapa sangka, strategi tersebut berjaya dan akhirnya membuahkan hasil pada pasukan terbabit.
Penyerang Magdeburg, Chris Wright pada waktu itu berjaya menjaringkan gol serta memecahkan rekod terburuknya 10 minit sebelum perlawanan tamat.
Meskipun ia sudah lebih lapan tahun berlalu, namun insiden tersebut masih tular dan menjadi hiburan buat warga maya di media sosial sehingga sekarang. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram