PEMAIN import Sri Pahang FC, Manuel Federico Hidalgo menegaskan pasukannya bersedia untuk berdepan Sabah FC dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2024-2025 di Stadium Likas, Sabah pada Sabtu (18 Januari).
Bercakap kepada Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Hidalgo menegaskan skuad Tok Gajah sedang melakukan persiapan terbaik untuk berdepan cabaran Sabah.
"Saya rasa ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar.
BACA LAGI: [VIDEO] Bakal ulangi aksi 2018, gandingan Mat Don, Akhyar Rashid imbau sebab JDT sambar 'duo Kedah'
BACA LAGI: Pernah berdarah Harimau Selatan, 3 bintang 'lokal' mungkin anda lupa pernah sarung jersi keramat JDT
"Sabah mempunyai pasukan yang hebat dengan pemain yang hebat. Kami bersedia dengan baik pada minggu ini.
"Saya rasa ia akan menjadi permainan yang sangat sukar. Kami akan mencapai apa yang kami mahukan," katanya.
Tambahnya lagi, dia berharap dapat mengulangi rekod hatrik menentang Perak FC sambil menegaskan mahu fokus mencapai kejayaan bersama pasukan.
"Saya harap ada lebih banyak gol dan 'assist' yang akan datang.
"Perkara yang paling penting adalah pasukan dapat bersama-sama dan kita boleh mencapai sesuatu. Saya rasa baik, gembira dan saya rasa ia akan menjadi hebat," ujarnya.
Memberikan pandangan tentang Sabah, Hidalgo berasakan Sang Badak mempunyai ramai pemain-pemain yang bagus, sambil berharap rakan sepasukan dapat melakukan terbaik dalam perlawanan itu.
"Kami tahu kebanyakan pemain mereka ingin memastikan Sabah pergi ke final. Begitu juga dengan Sri Pahang.
"Mereka mempunyai pemain yang hebat, saya rasa Saddil (Ramdani) dan Dominic (Tan) semua pemain yang sangat bagus.
"Jadi kami harus berusaha sepenuhnya kerana mereka akan memberikan tentangan yang sangat hebat.
"Saya rasa perkara paling penting dalam pertahanan dan apabila kita mempunyai peluang untuk menyerang, kita harus menang," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram