[VIDEO] 'Anda terlalu tua', Liridon Krasniqi balas kritikan, 'payung' skil bersama FC Schaffhausen


  • Podium
  • Selasa, 14 Jan 2025

Liridon kini sedang menjalani sesi ujian percubaan bersama FC Schaffhausen.

BEKAS pemain kebangsaan, Liridon Krasniqi membuktikan dirinya masih mampu bersaing di peringkat profesional selepas mempamerkan skilnya dalam sesi ujian percubaan bersama kelab Switzerland, FC Schaffhausen.

Pemain berusia 33 tahun itu mahu kembali beraksi secara profesional selepas setahun berehat apabila tidak disambung kontrak oleh Terengganu FC sebaik sahaja tamat musim 2023.

Menerusi posting Instagram Liridon, pemain kelahiran Kosovo itu mempamerkan aksi satu lawan satu sehingga berjaya menjaringkan gol unik yang membuatkan rakan sepasukannya tergamam.

BACA LAGI: [VIDEO] Bukan kembali ke Kedah apatah lagi JDT, Liridon Krasniqi bakal jadi rekrut baharu kelab Switzerland

BACA LAGI: 'Dia nak lihat saya atas padang', Liridon Krasniqi beri bayangan kembali beraksi

Sebelum ini, bekas pemain naturalisasi Harimau Malaya itu berkongsi beberapa klip video sesi percubaannya bersama FC Schaffhausen sekali gus memberikan gambaran dia bakal kembali beraksi di Eropah.

"Saya akan berjaya. Saya akan buktikan kepada diri sendiri dan anda sekali lagi walaupun sudah 33, semuanya tidak mustahil."

Liridon mahu membuktikan kualiti yang dimilikinya apabila kini sedang menjalani sesi percubaan bersama FC Schaffhausen.

Jikalau Liridon berjaya mewakili FC Schaffhausen dan cemerlang di divisyen kedua Liga Switzerland ia secara tidak langsung membuka peluang bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu untuk beraksi semula bersama Harimau Malaya.

Untuk rekod, sebelum ini, Liridon atau lebih dikenali sebagai Mat Don pernah menawarkan diri beraksi secara percuma buat Sang Kenari apabila pasukan itu mengalami masalah tunggakan gaji.

Liridon sebelum ini pernah mewakili beberapa kelab luar negara seperti Newcastle United Jets (Australia), Odisha FC (India) dan Khon Kaen United (Thailand).

Untuk info, FC Schaffhausen kini menduduki tempat tercorot Swiss Challenge League dan berkemungkinan akan tersingkir ke divisyen ketiga Liga Switzerland. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram