Natasha Roslan buktikan kualiti rangkul gelaran juara Piala Dunia, tundukkan jaguh boling Jerman


  • Podium
  • Sabtu, 11 Jan 2025

Natasha Roslan menjuarai Piala Dunia IBF di Hong Kong.  

BINTANG boling negara, Natasha Roslan melakar satu lagi sejarah buat Malaysia apabila berjaya menakluk pentas dunia dengan menjuarai Piala Dunia Persatuan Boling Antarabangsa (IBF) di Hong Kong.

Dalam final yang penuh dramatik yang dibuat di Kai Tak Sports Park pada Jumaat, Natasha tampil garang menewaskan pemain Jerman, Birgit Noreiks dalam dua set straight dengan skor 217-166 dan 226-169.

Beliau memenangi kedua-dua permainan dengan keputusan 217-166 dan 226-169, sekali gus merangkul gelaran juara.

BACA LAGI: [VIDEO] Pensyarah USM jadi kebanggaan 'kaki motor', hasilkan inovasi tayar kalis pancit, tidak bocor

BACA LAGI: Kemalangan jadi titik tolak budak JB ubah laluan hidup, kejayaan di UPM bawa nama ke Universiti Oxford

photo_6057644406133084628_x

Natasha Roslan menjuarai Piala Dunia IBF di Hong Kong setelah menewaskan pemain dari Jerman.

Keputusan itu bukan sahaja membuktikan kehebatannya tetapi turut menjadikannya pemain wanita pertama dari Malaysia yang berjaya memenangi gelaran perseorangan Piala Dunia IBF sejak ia diperkenalkan pada 1972.

Sebelum ini, Syafiq Ridhwan Abdul Malek pernah memahat sejarah dengan memenangi kategori lelaki pada 2012.

Ini bukan kali pertama Natasha beraksi di peringkat dunia dengan penuh cemerlang.

Tahun lalu, beliau mengungguli Kejohanan Dunia 2023, membawa pulang emas perseorangan.

Kejayaan itu turut melayakkan Natasha meraih Anugerah Sukan Negara sebagai Atlet Wanita Terbaik 2024.

Natasha kini bukan sekadar juara tetapi lambang kebanggaan negara dalam arena boling dunia.

Dengan mentaliti pemenang yang dimilikinya, tidak mustahil lebih banyak gelaran akan menyusul dalam karier cemerlangnya.

Aksi hebat di Hong Kong itu membuktikan satu perkara iaitu Natasha Roslan adalah nama besar yang sukar ditandingi. — The Star/T. AVINESHWARAN

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram