JOHOR Darul Ta'zim (JDT) terus berputih mata selepas menerima berita kurang menggembirakan, apabila terpaksa melupakan khidmat tiga pemain utama dalam mengharungi baki saingan musim ini.
Bukan seorang atau dua, tetapi tiga pemain dilaporkan akan berehat panjang akibat kecederaan.
Kecederaan yang dialami oleh ketiga-tiga pemain tersebut memberi kesan besar kepada pasukan kerana merupakan pemain penting dalam skuad.
BACA LAGI: Bukan lagi zaman ‘prime’, Liridon Krasniqi mungkin lebih sesuai beraksi bersama Pahang Rangers
BACA LAGI: Biarpun hilang khidmat 3 tonggak, pemain The Rhinos dipesan elak 'parking bus' bertemu JDT
Ketidakhadiran mereka juga mungkin memberi kesan terhadap keseimbangan taktikal pasukan, sekali gus mempengaruhi prestasi keseluruhan dalam baki saingan musim ini.
Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain Harimau Selatan yang kini dilaporkan akan terlepas beberapa aksi bersama JDT.
1. Syahmi Safari
Pertahanan JDT, Syahmi Safari dilaporkan menerima rawatan di Valencia, Sepanyol selepas mengalami kecederaan serius ketika beraksi dalam saingan Liga Super 2024/2025 berdepan Penang FC.
Tonggak berusia 26 tahun itu mendedahkan nasibnya di laman Instagram dengan memberi bayangan bahawa dia tidak lagi beraksi untuk mengharungi baki saingan musim ini.
Tonggak yang beraksi di posisi pertahanan kanan itu dimasukkan sebagai pemain gantian menggantikan Jorge Obregon pada minit ke-76 ketika membantu JDT menewaskan Penang FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, pada 12 September 2024.
Tangkap layar InstaStory Syahmi. — Facebook/JDT
Sebelum mengalami kecederaan, Syahmi sempat mencatatkan satu hantaran bantuan yang membantu tuan rumah meraih kemenangan selesa 5-0 ke atas The Phanters, sekali gus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai pendahulu liga.
Namun, selepas beraksi selama 14 minit, nasib tidak menyebelahinya apabila terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan susulan terjahan oleh pemain pertahanan Harimau Kumbang, Adib Ra’op.
Oleh itu, aksi bertemu Penang pada 12 September 2024 merupakan kali terakhir Syahmi beraksi di atas padang.
2. Feroz Baharudin
Pertahanan muda kental Harimau Selatan, Feroz Baharudin, terpaksa mengucapkan selamat tinggal lebih awal kepada baki saingan liga domestik musim ini.
Pertahanan berketinggian 1.82 meter itu menjadi salah seorang pemain yang sering mendapat kepercayaan dari pengendali pasukan, Hector Bidoglio untuk membarisi kesebelasan utama.
Perkongsian Feroz Baharudin di laman Instagram peribadinya. — Facebook/JDT
Difahamkan, tonggak Harimau Malaya itu mengalami kecederaan serius iaitu anterior cruciate ligament (ACL), sekali gus mengakibatkan dirinya harus melupakan kancah bola sepak seketika susulan mengalami memerlukan tempoh pemulihan jangka masa panjang.
Kecederaan ACL yang dialami tonggak Harimau Malaya itu bermakna dia akan terlepas saingan kelayakan Piala Asia 2027 yang dijadualkan bermula pada Mac ini.
3. Hong Wan
Ketiadaan pemain tengah Johor Darul Ta'zim (JDT), Hong Wan dalam sesi latihan, menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penyokong yang merindui kelibatnya.
Sehingga kini, belum ada jawapan rasmi daripada Bidoglio dan JDT mengenai status Hong Wan sama ada dia sedang cedera atau tidak diturunkan atas faktor taktikal.
Begitupun, ketiadaan gambar-gambar Hong Wan dalam sesi latihan pastinya menceritakan situasi sebenar pemain berusia 25 tahun itu.
Jika melihat kepada Transfermarkt, kali terakhir Hong Wan beraksi adalah pada 19 September 2024 ketika bertemu Shanghai Port saingan ACLE yang menyaksikan JDT terikat 2-2.
Kali terakhir Hong Wan beraksi adalah ketika bertemu Shanghai Port saingan ACLE. — Facebook/JDT
Sejak bersama skuad Harimau Selatan pada 2021, Hong Wan memainkan peranan penting dalam mematahkan serangan lawan.
Kebolehannya memintas hantaran dan melakukan kekasaran menjadikannya aset utama pasukan, meskipun dia sering dikritik kerana kesukarannya mencipta serangan.
Sejak bermulanya musim 2024/2025, pemain tengah bertahan ini hanya mencatatkan lapan penampilan, dengan tujuh daripadanya dalam Liga Super dan satu pada perlawanan ACLE. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram