KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Negeri Sembilan FC, Faliq Firdaus menafikan khabar angin bahawa pasukan itu akan melantik bekas jurulatih Selangor FC, Nidzam Jamil untuk menggantikan K. Nathakumar.
Desas-desus perkhabaran itu menjadi bualan hangat apabila wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam melaporkan Nidzam telah mengadakan perbincang bersama pengurusan The Jangs.
"Dari Kajang ke Seremban, Nidzam Jamil difahamkan dalam perbincangan menyertai Negeri Sembilan sebagai jurulatih baharu," lapor Zulhelmi di X.
BACA LAGI: Boleh tampung gaji, giliran kelab kerdil Itali pula minat Marcus Rashford
Dari Kajang ke Seremban, Nidzam Jamil difahamkan dalam perbincangan menyertai Negeri Sembilan sebagai jurulatih baharu. @ASTROARENA pic.twitter.com/DRiZOTK73q
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) January 11, 2025
Bagaimanapun, Faliq menafikan ciapan yang dimuat naik Zulhelmi dengan memberikan penjelasan bahawa pihak pengurusan Negeri Sembilan mempercayai kudrat K.Nathakumar untuk meneruskan baki saingan liga.
"Tidak benar. Tiada lagi perubahan pada musim ini.
Not true. No more changes this season.
Club fully supports K.Nanthakumar n Co to turn around the situation. https://t.co/V0R1wviroN
— Faliq Firdaus (@faliqfirdaus) January 11, 2025
"Pihak kelab menyokong sepenuhnya K. Nanthakumar dan staf kejurulatihan untuk mengubah situasi terkini."
Sebelum ini, pengurusan Negeri Sembilan memilih bekas pemain tengah kebangsaan, K. Nanthakumar untuk memimpin pasukan itu pada Ogos 2024.
Ketika ini, Negeri Sembilan berjaya memungut tiga mata dalam saingan Liga Super minggu ke-18 apabila bangkit menewaskan Sri Pahang hasil jaringan Hein Htet Aung dan A. Selvan di Paroi pada Jumaat (10 Januari).
Kemenangan itu melonjakkan kedudukan Negeri Sembilan ke tangga ke-12 carta Liga Super dengan mengumpul sembilan mata selepas 16 perlawanan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram