[VIDEO] 'Pakai uniform pun masih dapat gulung', Perak Bison dipetik lamar killer 'pak guard'


  • Podium
  • Khamis, 09 Jan 2025

Tangkap layar menunjukkan seorang pekerja keselamatan menunjukkan kecekapan dan kemahirannya yang luar biasa dalam bermain bola rotan itu.

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang pekerja keselamatan bermain sepak takraw dengan sangat baik.

Dalam video tersebut, pekerja keselamatan itu menunjukkan kecekapan dan kemahiran yang luar biasa bermain permainan tradisional tersebut meskipun dikenali sebagai seseorang yang bekerja menjaga ketenteraman di tempat kerja dan bukannya seorang atlet profesional.

Dia berjaya melakukan beberapa aksi sukar sebagai apit kanan seperti menghasilkan libasan gulung dan rejaman tajam dengan teknik yang sempurna.

BACA LAGI: [VIDEO] 'Ikat 6 tahun terus', fans Gergasi Merah pesan pengurusan 'jangan tidur', bimbang prospek disambar TFC, Perak dan JDT

BACA LAGI: Raih 3 mata di Likas atas bantuan senior, fans The Rhinos cabar kualiti 'ubi muda'

Menerusi video berdurasi 21 saat yang dikongsikan oleh BOLAROTANTV itu, pekerja keselamatan itu mempamerkan gerakannya pantas dan lincah serta mampu mengawal bola dengan kemas.

Menariknya, ramai pengguna media sosial teruja dan memuji semangat serta bakat yang dipamerkan oleh pekerja keselamatan berkenaan.

Malah, ada yang juga yang memetik salah satu kelab gergasi tanah air, Perak Bison untuk 'melamar' lelaki berkenaan untuk bermain dengan pasukan tersebut.

"Hebat rejaman dia ini, macam lama sangat pendam, sekali dapat terus puas hati, Perak Bison boleh dah mulakan langkah," kata Fathulislam Fathulislam.

"Ini baru killer, terbaiklah abang security, sekali dapat main memang gulung terus, sesuai main dengan Perak Bison," kata Udin Din.

"Ini baru steady, pakai uniform pun masih dapat gulung, cara landing pun kemas dan smooth,memang power," kata Maurice Augustine. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram