
SABAH FC II berjaya melakarkan kemenangan pertama dalam saingan Piala MFL 2024 selepas menewaskan Kuala Lumpur City Extension dengan keputusan 2-1 pada Selasa.
Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah itu menyaksikan anak-anak buah Kit Ming @ Billyton Vun menampilkan persembahan yang cukup cemerlang.
Manisnya kemenangan sulung itu, Sabah FC II dibantu oleh empat tonggak Sang Badak iaitu Park Tae-su, Gabriel Peres, Daniel Ting dan Telmo Castanheira.
BACA LAGI: Buru 3 mata, trio lokal jadi taruhan Sang Penyu runtuhkan kubu Shan United
BACA LAGI: [VIDEO] Aksi Terbuka Malaysia tergendala, PSM mohon maaf bumbung Axiata Arena bocor
Pemain tengah Sabah FC II, Chikonelson Kulisi mencetak gol pembukaan buat pasukan. — Facebook/Sabahfc
Dua jaringan Sabah FC diledak oleh pemain tengah, Chikonelson Kulisi dan penyerang muda, Azhad Harraz Arman yang masing-masing mencetak gol pada minit ke-40 dan 47.
Begitupun, kesilapan pertahanan Sabah, Daniel Ting, pada minit-minit akhir menyaksikan gol sendiri yang menghadiahkan satu jaringan kepada pasukan pelawat.
Walaupun meraih kemenangan sulung itu, ramai penyokong Sang Badak tidak berpuas hati dengan kualiti permainan yang dipamerkan oleh barisan pemain muda The Rhinos.
Mereka berpendapat pemain-pemain muda Sabah hanya bergantung sepenuhnya kepada pemain senior untuk meraih kemenangan.
"Akhirnya pecah telur juga setelah sekian lama terperam, tanpa senior yang bantu belum tentu Sabah FC II menang dengan Kuala Lumpur," kata Muhammad Janie Abdullah.
"Memanglah menang sebab ada empat pemain utama Sabah iaitu Park Tae-su, Gabriel Peres, Daniel Ting dan Telmo," kata Brandon Ozil.
"Nasib baik dibantu, kalau tak Sabah FC II masih ketinggalan zaman,sampai bila nak harap bantuan senior?," kata Suman R'inah.
Meksipun meraih kemenangan berharga itu, Sabah kekal menghuni tangga tercorot liga dengan mengutip enam mata selepas 17 perlawanan berlangsung dengan mencatatkan satu kemenangan, tiga kali seri dan 13 kekalahan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram