Dua bintang terkenal menuju ke JDT, 3 import termasuk ex Real Madrid bakal kehilangan tempat


  • Podium
  • Khamis, 09 Jan 2025

Romero yang memiliki pengalaman beraksi di Asia bersama Shanghai Shenhua selama tiga musim antara pemain dikhabar akan sertai JDT. — Agensi

JOHOR Darul Ta'zim (JDT) tidak pernah puas dengan kualiti squad depth pemain mereka apabila dikhabarkan akan membawa masuk dua bintang terkenal untuk memperkasakan pasukan pada musim baharu nanti.

Selain persiapan awal ke musim baharu, kemasukan dua pemain itu juga dianggap sebagai pelaburan besar bagi membantu JDT melayakkan diri ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite.

Pemain pertama yang dikaitkan dengan JDT ialah tonggak dari Paraguay, Oscar Romero selepas difahamkan tidak terikat dengan mana-mana pasukan selepas kali terakhir mewakili kelab Brazil, Botafogo.

BACA LAGI: Turunkan 2 tonggak senior ibarat tak membantu, JDT II harapkan penalti ikat Selangor di Larkin

BACA LAGI: Cemerlang ketika 'loan', tiba masanya JDT lepaskan terus 3 bintang 'terperam' termasuk Akhyar Rashid

Khabar angin tersebut mula kedengaran selepas wartawan dari Amerika Selatan, Bruno Pont melaporkan JDT sedia menawarkan kontrak lumayan berjumlah AS$2.5 juta (RM11.4 juta) buat pemain berusia 32 tahun itu.

Selepas Oscar, rakan sepasukan Jese Rodriguez di UD Palmas iaitu Jonathan Viera juga dikaitkan dengan perpindahan ke Harimau Selatan. Khabar angin itu dikongsikan oleh pemerhati bola sepak negara, Zulhelmi Zainal Azam.

Kerjaya pemain berusia 35 tahun itu menyaksikan Viera banyak beraksi di Sepanyol sejak 2008 dan pernah menimba pengalaman bersama tiga pasukan iaitu Standard Liege (Belgium), Beijing Guoan (China) dan Khor Fakkan di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Meskipun belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada JDT mengenai perpindahan itu namun sudah ada nama-nama pemain import semasa yang dijangka kehilangan tempat dalam kem Harimau Selatan sekiranya Oscar dan Viera rasmi ke Iskandar Puteri.

1) Jalil Elias

JALIL

Jalil (kiri) merupakan pemain utama Velez Sarsfield sejak tiba secara pinjaman. Instagram/Jalil Elias

Pemain paling bernilai dalam sejarah Liga Super, Jalil Elias tiba ke JDT dengan reputasi tersendiri namun lain pula jadinya apabila dia sukar mendapat tempat dan hanya mencetak satu penampilan sebelum dipinjamkan ke kelab Argentina, Velez Sarsfield.

Bersama Vekes Sarsfield, pemain antarabangsa Syria itu berjaya membantu pasukan kendalian Gustavo Quinteros itu menjuarai Liga Argentina buat pertama kali dalam tempoh 11 tahun.

Mencapai kejayaan bersama pasukan itu membuatkan penyokong setia berasakan JDT boleh menjual Jalil kepada Velez Sarsfield sekiranya mereka sudi membayar jumlah ditetapkan Harimau Selatan untuk menebus kontraknya.

Terus kekal bersama pasukan Argentina itu juga bagus untuk karier pemain berusia 28 tahun berkenaan memandangkan dia perlu bersaing dengan pemain seperti Afiq Fazail, Hong Wan, Nazmi Faiz, Natxo Insa, Juan Muniz dan Oscar sekiranya pemain itu menyertai JDT.

2) Jorge Obregon

OBREGONNN

Kehadiran Obregon kurang membuahkan hasil kepada JDT. — Facebook/JDT

Pelaburan sebanyak €500,000 (RM2.33 juta) dilakukan JDT untuk mendapatkan khidmat penyerang Colombia, Jorge Obregon tidak membuahkan hasil seperti mana diharapkan penyokong.

Empat gol tanpa dan satu bantuan jaringan dalam 17 penampilan buat kesemua pertandingan sudah cukup untuk menceritakan pulangan membawa masuk Obregon boleh dikatakan kurang berbaloi buat JDT.

Sekiranya Obregon terus memberi persembahan kurang berterusan, JDT pasti tidak akan teragak-agak untuk melepaskan pemain berusia 27 tahun itu pada jendela perpindahan akan datang.

Oleh itu, tidak terlalu mengejutkan untuk mengatakan bahawa kehadiran Viera boleh menggantikan tempat Obregon memandangkan pemain Sepanyol itu boleh beraksi sebagai penyerang sekiranya diperlukan.

Buktinya, ketika Veira beraksi bersama US Las Palmas dan kadang beraksi di posisi penyerang tengah, pemain itu berhasil mencatak 14 jaringan gol serta lima hantaran bantuan ketika membantu mereka dalam saingan divisyen kedua La Liga

3) Jese Rodriguez

JESE

Jese hanya menjaringkan satu gol selepas dua bulan bersama skuad Harimau Selatan. — Facebook/JDT

Berstatus sebagai bekas penyerang Real Madrid tidak membantu Jese Rodriguez menyinar bersama Harimau Selatan apabila pemain Sepanyol itu bergelut untuk membuktikan nilai sebenarnya dalam saingan domestik mahupun ACLE.

Meskipun ramai beranggapan catatan itu akan terus ditambah baik, dia yang pernah satu ketika dilabel berkelas dunia sepatutnya tidak berdepan isu untuk menyesuaikan diri dalam pasukan.

Ketika ini, pemain berusia 31 tahun berkenaan sudah meledak satu gol dan tidak meledak apa-apa bantuan jaringan dalam empat perlawanan Jese diturunkan dalam semua pertandingan.

Kehadiran Oscar dan Vieran, yang kedua-duanya boleh beraksi di posisi penyerang sayap boleh menutup peluang Jese untuk terus mendapatkan minit permainan dalam kem Harimau Selatan itu selepas ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram