KEM Manchester United terus dilanda masalah melibatkan pemain mereka apabila terbaharu dilaporkan bintang muda, Kobie Mainoo pula dilaporkan tidak gembira dengan keadaan semasa bersama kelab tersebut.
Mainoo dilaporkan tidak berpuas hati dengan syarat awal yang ditawarkan oleh Manchester United untuk kontrak baharu. Ia boleh mengakibatkan dia mungkin dijual bulan ini atau kemungkinan besar pada musim panas akan datang.
Mainoo hampir melunaskan separuh daripada kontrak yang mengikatnya di United hingga Jun 2027, tetapi dia dipercayai mahukan perjanjian baharu bernilai £200,000 (RM1.12 juta) seminggu termasuk bonus yang menggambarkan statusnya sebagai pemain utama dan pemain kebangsaan England.
BACA LAGI: Dua bintang Man United lagi susah dari layan 'rumours' Real Madrid — Arne Slot
BACA LAGI: [VIDEO] Talian hayat Man United elak dimalukan, game lawan Liverpool mungkin ditunda
Difahamkan Chelsea sedia untuk mengikat pemain berusia 19 tahun itu jika dia tidak bersetuju dengan terma baharu, sekali pun mereka berdepan saingan daripada kelab musuh Liga Perdana Inggeris (EPL) dan kelab luar negara.
Bagaimanapun, sumber United memberitahu bahawa kelab berkenaan masih mahu mengekalkan dia bersama Alejandro Garnacho, Rasmus Hojlund dan Andre Onana, yang tidak akan dijual pada musim panas ini.
Pemain tengah Mainoo menghabiskan rehat selama lapan minggu kerana kecederaan hamstring pada Oktober dan November. Dia hanya bermain sebagai kesebelasan utama dalam lima daripada 12 perlawanan ketua jurulatih Ruben Amorim.
Rashford sudah tidak beraksi dalam beberapa perlawanan untuk Man United. — Agensi
Mainoo kembali menarik perhatian dalam kesebelasan utama ketika seri 2-2 dengan Liverpool di Anfield pada Ahad tetapi United yang ketika ini masih cuba mengurangkan kos gaji mereka, sekali gus memaksa penjualan pemain akademi.
Antara pemain akademi yang sudah dijual ialah Scott McTominay kepada Napoli pada Ogos. United turut menerima bayaran untuk Mason Greenwood, Willy Kambwala, Hannibal Mejbri, Alvaro Fernandez dan Will Fish.
Sebelum ini, Marcus Rashford juga dilaporkan tidak gembira bersama Man United dan difahamkan United sedia melepaskan penyerang sayap itu ketika jendela perpindahan Januari. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram