AKSI mendebarkan menanti peminat Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila Manchester United akan berkunjung ke Merseyside untuk berdepan pendahulu liga, Liverpool pada awal pagi Isnin.
Pasukan pilihan dalam pertembungan itu sudah tentu skuad The Reds yang hanya mencicirkan sembilan mata selepas 18 perlawanan dengan mereka juga memiliki kelebihan satu aksi.
Bagaimanapun, kualiti pasukan pelawat tidak boleh diperkecilkan kerana mereka kerap mencipta kejutan setiap kali beraksi di Stadium Anfield meskipun tidak berada dalam prestasi terbaik.
BACA LAGI: Fokus Alexander-Arnold masih bersama Liverpool walaupun Real Madrid sibuk ‘melamar'
BACA LAGI: Legenda Man United tolak Liverpool juara EPL, sokong Arsenal rangkul trofi
Jadi, tidak hairanlah apabila penyokong kedua-dua kelab terbabit sanggup menantikan perlawanan dengan harapan besar untuk meraih tiga mata memasuki separuh kedua musim 2024/25.
Namun, kisah kurang enak didengari apabila laporan mengatakan terdapat kemungkinan pertemuan mendebarkan itu akan ditangguhkan sekiranya keadaan cuaca sekitar venue perlawanan tidak mengizinkan.
Menerusi kenyataan diterbitkan Met Office yang membuat ramalan cuaca di England, terdapat risiko salji akan turun dengan lebat di Liverpool sehingga mengganggu perkhidmatan kenderaan awam.
"Terdapat kemungkinan salji setebal 3 hingga 7 sentimeter (cm) akan meliputi kawasan berkenaan. Sekiranya hujan turun, pembentukan ais akan berlaku, terutamanya di sekitar Wales," tulisnya.
Aksi antara Liverpool dan Everton di Goodison Park, Merseyside turut dibatalkan akibat cuaca melampau. — Agensi
Ini bukanlah kali pertama situasi tersebut berlaku kerana pada awal Disember lalu, aksi antara Liverpool dan Everton di kawasan Merseyside ditangguhkan akibat cuaca ekstrem.
Setakat ini, Met Office mahupun pihak pengurusan EPL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara itu dengan terdapat kemungkinan aksi tersebut akan diteruskan.
Kedua-dua pengurus juga sememangnya bersedia menjelang pertembungan itu, lebih-lebih lagi buat Arne Slot yang mengakui kedudukan Manchester United dalam carta tidak menceritakan keadaan semasa mereka.
Skuad The Red Devils kini menduduki tangga ke-14 EPL selepas 19 perlawanan dengan 22 mata yang dikutip merupakan antara yang terendah sepanjang lebih 30 tahun berentap dalam saingan terbabit. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram