SELEPAS berehat beberapa minggu, saingan Piala Shopee diteruskan dengan salah satu wakil negara, Kuala Lumpur City FC akan merentasi Tambak Johor bagi berdepan Lion City Sailors (LCS) di Singapura pada Khamis.
Ia adalah Pertembungan Seberang Tambak (Causeway Derby) di peringkat kelab selepas kedua-dua skuad kebangsaan sudah bertemu sesama sendiri di Bukit Jalil pada saingan Piala Asean.
Pada aksi tersebut, Singapura berjaya mengecewakan Malaysia. Dengan aksi antara KL City dan LCS, wakil Singapura dalam kelab itu boleh mengecewakan Malaysia sekali lagi dengan menumpaskan skuad Warga Kota.
BACA LAGI: Cemerlang di Bukit Jalil, ramai tak sangka gaji bintang Singapura pernah serendah pemain Piala MFL
BACA LAGI: Pernah belasah Singapura, Aguero yakin HM mampu ulangi kejayaan sama bertemu musuh tradisi
Hariss Harun
Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kerana Hariss Harun merupakan nama yang amat dikenali dalam bola sepak Singapura dan Malaysia.
Pemain tengah veteran itu walaupun merupakan nadi penting buat LCS dalam saingan domestik serta antarabangsa. Di peringkat liga, dia sudah melakukan 16 penampilan sambil menghasilkan dua bantuan gol.
Hariss beraksi dalam hampir kesemua perlawanan LCS musim ini. — Lion City Sailors
Di peringkat antarabangsa, Hariss menghasilkan empat penampilan dalam Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) dengan dia turut bermain dalam semua aksi Piala Shopee.
Ia menunjukkan betapa besarnya pengaruh Hariss di bahagian tengah LCS. Dengan perlawanan penting bertemu KL City, namanya hampir pasti berada senarai kesebelasan utama kelab tersebut.
Hami Syahin
Gandingan Hariss di bahagian tengah dalam skuad LCS adalah rakan senegara iaitu Hami Syahin.
Pemain tengah berusia 26 tahun itu bertindak lebih menyerang dari zon tersebut dan itu kontra dengan Hariss yang cenderung sebagai pemain tengah bertahan (defensivie midfielder).
Hami (tengah) dianggap pemain tengah yang keras. — Lion City Sailors
Hami dilihat sebagai pemain yang agak keras dalam permainannya dengan dia sendiri sudah mengutip tujuh kad kuning dalam semua perlawanan. Ia memberi isyarat pertarungan di bahagian tengah akan cukup menarik dan keras melibatkan kedua-dua kelab.
Syahin dilihat akan lebih cenderung di bahagian tengah padang dengan sekali sekala akan membantu bahagian serangan.
Shawal Anuar
Penyerang paling tajam dimiliki Singapura ketika ini pastinya akan menjadi duri dalam daging buat KL City apabila dia bersama LCS.
Shawal yang berusia 33 tahun itu sudah menghasilkan 15 gol dengan empat daripadanya adalah dalam saingan ACL2. Malah, dia sudah melakukan 10 bantuan gol musim ini.
Shawal merupakan penyerang yang cukup tajam untuk LCS. — Lion City Sailors
Akan tetapi, dalam Piala Shopee, Shawal masih belum lagi berjaya memberikan impak. Bertemu KL City yang mempunyai rekod baik, pastinya Shawal diharapkan dapat menggegar pintu gol skuad Warga Kota.
Dengan mampu bermain di pelbagai posisi serangan, Shawal harus dikawal rapi. Walaupun sudah bergelar otai, Shawal masih berbisa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram