PENYOKONG Terengganu FC (TFC) pasti masih mengingati Fabio Flor de Azevedo iaitu bek tengah yang pernah mewarnai Liga Malaysia (Liga M) dan memperkuatkan skuad Sang Penyu pada musim 2005 hingga 2008.
Pemain yang mesra dengan saapan Budin dalam kalangan penyokong Terengganu itu cukup sinonim dalam lanskap bola sepak negeri berkenaan apabila turut menyertai T-Team pada musim 2014 dan beraksi di sana buat setahun.
Memiliki ketinggian mencecah 1.72 (m) dan badan yang sasa membuatkan Fabio Flor menjadikan dia antara pertahanan tengah ditakuti pemain Liga Malaysia ketika itu termasuklah Safee Sali.
BACA LAGI: Beri peluang tonggak JDT, bakat TFC buktikan kemampuan — Safee Sali
BACA LAGI: [VIDEO] Masih relevan, Safee Sali diserbu fans cilik Sabah lepas jaringkan gol ikonik
Dalam podcast Sports Tarik, dia yang kini bertugas sebagai penganalisis menjelaskan pertahanan skuad Sang Penyu itu mempunyai kelebihan fizikal sehingga membuatkannya bergelut setiap kali bertemu pasukan terbabit.
"Ada seorang pemain bernama Fabio yang merupakan import dari Brazil, saya cukup benci dengannya! Saya amat tak suka setiap kali berdepan Terengganu, dia akan bermain.
"Ini kerana fizikalnya. Pertama sekali, dia tinggi dan keduanya, dia seorang yang keras. Dahulu, ketika saya masih bermain gaya permainan Terengganu dan bermain di sana membuatkan kami sukar meraih kemenangan jika dia diturunkan," katanya.
Tangkap layar respons dari Fabio Flor.
Memberi respons mengenai kenyataan legenda Johor Darul Ta’zim (JDT) berkenaan, pemain kelahiran Brazil tersebut menyatakan bahawa dia turut mengagumi Safee seperti bekas tonggak kebangsaan itu memujinya.
“Saya hormati Safee Sali juga,” katanya ringkas menerusi Facebook peribadi miliknya.
Terdapat kemungkinan pertemuan dimaksudkan Safee adalah ketika bek tengah itu beraksi buat T-Team memandangkan penyerang negara berkenaan ketika itu beraksi buat JDT. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram