KAPTEN sepak takraw negara, Farhan Adam meluahkan pendapat peribadinya bahawa pasukan tanah air memerlukan Thailand untuk menyertai saingan Piala Asia Sepak Takraw 2025 yang akan membuka tirainya Mei nanti.
Difahamkan, penyertaan skuad Gajah Perang itu adalah sebagai penanda aras prestasi semasa pasukan negara dalam sukan bola rotan itu.
Pandangan peribadinya itu dikongsikan kepada pemerhati sukan tanah air, Zaki Zainal di laman X.
BACA LAGI: Baru keluar Kedah, Cleylton sudah dipinang Kim Swee dan 1 lagi kelab Indonesia
BACA LAGI: Tiga kelab Liga M termasuk Sri Pahang berputih mata, Jesper rupanya kembali warnai Liga Thailand
"Bagi saya, saya perlukan pasukan Thailand di Piala Asia nanti. Saya harap pasukan Thailand dapat menyertai kejohanan ini," kata pemain berusia 36 tahun itu
Sebelum ini, Thailand hanya menghantar penyertaan mereka pada pukul 9 malam, empat jam selepas tarikh penyertaan ditutup pada 31 Disember 2024 lalu.
Untuk rekod, skuad negara berjaya mencipta sejarah dengan meraih gelaran berganda pada saingan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 selepas menewaskan pasukan Thailand pada aksi final.
Malaysia muncul juara bagi acara double dan regu selepas menundukkan Thailand.
Dianggap sebagai pertemuan musuh tradisi sepanjang abad, Malaysia akhirnya berjaya menamatkan badi kekalahan di tangan pasukan Gajah Perang tersebut.
Piala Asia 2025 dijadual berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur bermula 9 hingga 18 Mei. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram