Apex optimis The Rhinos masih ‘dijaga’ orang tepat di sebalik pemergian Ong Kim Swee


  • Podium
  • Jumaat, 27 Dis 2024

Sabah mula membiasakan diri dengan era pasca Datuk Ong Kim Swee. — Facebook/Sabah FC

ISU mengenai kestabilan Sabah FC menjadi persoalan selepas pemergian Datuk Ong Kim Swee yang tamat kontrak dan kemudiannya menyertai Persis Solo di Indonesia.

Ramai penyokong kelab itu berasakan Sabah akan menjadi goyah selepas pemergian Kim Swee yang dianggap seorang jurulatih berkaliber. Namun begitu, semua itu dapat ditepis dengan baik oleh para pemain dengan keputusan di atas padang.

Hasilnya dapat dilihat apabila mereka berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia menewaskan Kuching City FC.

BACA LAGI: Sabah tempang jumpa JDT tanpa bintang import

BACA LAGI: The Rhinos muncul semifinalis Piala Malaysia, Stano mahu pemain Sabah nikmati cuti Krismas puas-puas

Akan tetapi, bagi penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat, dia mengaku para pemain terkesan dengan pemergian Kim Swee.

Bagi bekas penjaga gol kebangsaan itu, walaupun terkesan tetapi para pemain perlu terus fokus dan membiarkan perkara tersebut merencatkan prestasi ketika beraksi.

471163909_996855325814492_7350219737897729626_n

Fahmi mengaku Sabah agak terkesan selepas Kim Swee berhijrah ke Indonesia. — Facebook/Sabah FC

"Kami agak terkesan apabila Datuk Ong Kim Swee tinggalkan kelab, tapi sebagai pemain, kami perlu menjadi profesional.

"Kami tahu yang pemain datang dan pergi, begitu juga dengan barisan kejurulatihan. Apa yang kami lakukan sekarang adalah fokus kepada pasukan kami dan ikut arahan jurulatih baharu," jelas Fahmi.

Ketika ini, Sabah dilatih oleh Marin Stano dengan kontrak jangka pendek sehingga penamat musim Liga Super 2024/2025.

Stano berjaya membantu Sabah menghasilkan satu daripada keputusan terbaik mereka musim ini apabila berjaya melepasi halangan Kuching City di suku akhir Piala Malaysia.

"Kami sangat teruja dan berasakan ia adalah salah satu daripada keputusan terbaik kami.

"Saya rasakan kami mempunyai peluang cerah untuk mara jauh, semestinya, kami nak pergi sampai perlawanan akhir. Tapi kami perlu ambil langkah satu per satu terlebih dahulu," jelasnya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram