Disebut-sebut akan berhijrah, Anthony buat 'U-turn' kekal di Man United


  • Podium
  • Khamis, 26 Dis 2024

Antony wajar dilabel pembelian mengecewakan daripada Manchester Unitred kebelakangan ini. — Agensi

SEPANJANG tiga musim di Manchester United, Antony yang merupakan pemain antarabangsa Brazil gagal menempatkan dirinya dalam pasukan kerana lebih kerap berada di bangku simpanan.

Malah, melihat kepada statistiknya sepanjang tempoh berkenaan, pemain itu hanya menjaringkan 12 gol dan lima bantuan jaringan selepas 92 penampilan dalam kesemua kejohanan yang merupakan pulangan amat mengecewakan.

Oleh itu, tiidak hairanlah apabila pihak pengurusan kelab berkenaan dikatakan bersedia untuk melepaskannya pada jendela perpindahan akan datang meskipun membuat pelaburan £82 juta (RM526 juta) pada 2022.

BACA LAGI: Antony hampir ganti Mo Salah

BACA LAGI: Kerap kali gagal, Antony tak akan berjaya di EPL — Joe Cole

r1265218_1296x729_16-9

Antony (kiri) dibawa ke Manchester United oleh Ten Hag. — Agensi

Meskipun sukar mencari pasukan baharu buatnya, gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) berkenaan dilaporkan sedang berusaha berbuat demikian supaya dapat mengurangkan kos dikeluarkan bagi menampung gajinya.

Namun, dalam perkembangan terbaru, ejen kepada Antony, Junior Pedroso mengatakan pemain berusia 24 tahun tersebut tidak akan dilepaskan meskipun pelbagai media melaporkannya.

"Sejujurnya, Manchester United tidak berbincang mengenai keterbukaan mereka untuk melepaskannya, baik secara pinjaman mahupun secara kekal. Kami tidak pernah tahu mengenainya.

"Pihak pengurusan kelab tidak pernah mengatakan mereka mahu Antony meninggalkan pasukan ini walaupun perkara itu kerap diceritakan di dada-dada akhbar," katanya.

WhatsApp Image 2024-12-26 at 11.26.42 PM

Ejen Antony mengatakan terdapat minat kukuh terhadapnya. — Agensi

Antony sebelum ini menyertai skuad The Red Devils untuk mengikuti pengurusnya, Erik ten Hag memandangkan kedua-dua mereka pernah bekerjasama di gergasi bola sepak Belanda, Ajax.

Namun, gaya permainannya jelas tidak sesuai dalam EPL kerana dia terlalu kerap melakukan skil yang mensia-siakan sehingga membolehkan pihak lawan merebut semula penguasaan daripadanya.

Dalam pada itu, Pedroso berkata, beberapa kelab sudah menghubungi Manchester United untuk mendapatkan khidmat Antony dengan majoriti daripadanya berminat membuat tawaran secara pinjaman.

"Pihak kelab mahu kami memahami situasi berhubung pemain ini, jadi saya boleh sahkan terdapat minat kukuh terhadapnya. Tetapi, saya boleh katakan bahawa masa depannya kekal bersama The Red Devils.

"Sekiranya mereka beranggapan langkah melepaskannya adalah yang terbaik demi minit permainan dan keyakinannya, kami akan bekerjasama untuk memastikan hal itu direalisasikan," katanya. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram