Gelaran Raja Utara milik Kedah, fans Penang bengang tak boleh 'makan' lawan tak bergaji


  • Podium
  • Rabu, 18 Dis 2024

Sebahagian aksi menarik yang ditampilkan oleh pemain Sang Kenari dalam melakukan serangan ke kubu Penang FC.

KEDAH Darul Aman FC menarik nafas lega apabila berjaya meraih tiga mata berharga aksi bertemu Penang FC saingan Liga Super 2024 pada Rabu.

Dalam aksi yang berlangsung di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah itu menyaksikan skuad Sang Kenari menampilkan corak permainan yang cukup agresif apabila melakukan serangan bertali arus ke benteng pertahanan lawan.

Serangan demi serangan yang dihasilkan oleh Sang Kenari itu akhirnya membuahkan hasil selepas pemain sayap KDA FC, Sukhrob Nurulloev berjaya mencetak gol tunggal pada minit ke-10 sekali gus menyaksikan keputusan 1-0 pada babak pertama.

BACA LAGI: Bukan tugas mudah, anak kelahiran Sarawak sedia bantu Harimau Malaya benam Singapura

BACA LAGI: [VIDEO] JDT langsung tidak diberi satu kad pun — Fandi Ahmad

photo_6275853629810392817_y

Pemain sayap KDA FC, Sukhrob Nurulloev berjaya mencetak gol tunggal dalam aksi bertemu Penang FC.

Permulaan babak kedua menyaksikan pasukan pelawat mengorak langkah dalam mengubah corak permainan untuk memburu gol penyamaan.

Namun, usaha yang digerakkan oleh pasukan pelawat berjaya dibaca dan dipatahkan oleh anak-anak buah Victor Andrag.

Meskipun melakukan serangan bertali arus ke kubu tuan rumah namun ketumpulan jentera serangan Penang FC gagal menembusi benteng pertahanan Sang Kenari yang diketuai oleh Jose Cleyton.

Dalam pada itu, Penang terpaksa menelan pahit apabila tewas di tangan pasukan yang kini dilanda masalah dalaman.

Keputusan yang memihak kepada Sang Kenari menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penyokong Harimau Kumbang yang marah dengan persembahan Penang FC.

“Gaji on time pun kalah dengan pasukan yang nak tarik diri,” kata Shahar Adriana Aisy.

“Sapa yang ada masalah dalaman sebenarnya ini, Kedah ke Penang,” kata Nasrul Naim.

“Sekarang ini pasukan mana yang tak bayar gaji, yang tak dapat gaji pula main elok,” kata Kri Charito.

“Gaji on time tapi main macam sangkut gaji, gugur sajalah Penang FC ini," kata Haszizi Hasdzrin.

Dengan kemenangan itu, KDA FC kini menghuni tangga kesembilan liga dengan mengutip 17 mata selepas 16 perlawanan, manakala Penang menduduki tangga ke-11 dengan 14 poin. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram