[VIDEO] Gigih selamatkan bola, 'keeper' PSG terima 10 jahitan akibat muka cedera kena stud


  • Podium
  • Khamis, 19 Dis 2024

Momen muka Donnarumma luka terkena stud kasut bola Singo. — AFP

DEMI menyelamatkan pasukan daripada dibolosi terlalu awal, penjaga gol Paris Saint Germain (PSG) iaitu Gianluigi Donnarumma terpaksa menerima kecederaan serius di muka dalam aksi menentang Monaco bagi perlawanan Ligue 1 pada Khamis.

Pada perlawanan yang diadakan di Stadium Stade Louis II, Monaco, Perancis itu menyaksikan Donnarumma menyelamatkan percubaan Wilfired Singo di babak pertama pertembungan sehingga mukanya luka terkena stud kasut bola pemain berkenaan.

Kejadian ngeri dialami pemain antarabangsa Itali membuatkan PSG terpaksa dikeluarkan Donnarumma pada minit ke-22 bagi menerima rawatan susulan dan digantikan oleh Matvei Safonov.

BACA LAGI: Fans Man City rebah di Stadium Etihad sebelum meninggal dunia menjelang aksi Manchester Derby

BACA LAGI: Bekas anggota perubatan kelab Manchester mengaku curi barang, kasut bola Sergio Aguero

Meskipun kekasaran dilakukan Singo membuatkan penjaga gol itu berlumuran darah namun pengadil perlawanan tidak memberi apa-apa hukuman kepada pemain Monaco itu. Ia jelas menimbulkan kemarahan di kem PSG.

Selain Donnarumma yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil, ketua pasukan skuad The Parisians, Marquinhos juga membangkitkan perkara itu kepada media selepas perlawanan memihak kepada PSG dengan keputusan 4-2.

"Saya tak tahu sama ada pengadil dalam posisi yang teruk tetapi penilaian VAR diperlukan, anda perlu lindungi pemain. Tidak memberikan kad merah dalam situasi itu memang mengejutkan," katanya.

Difahamkan, penjaga gol berusia 25 tahun berkenaan terpaksa menerima 10 jahitan selepas mengalami kecederaan di bahagian kanan mukanya itu.

Dalam pada itu, kemenangan PSG diraih menerusi dua gol dari Ousmane Dembele dan Desire Doue serta Goncalo Ramos masing mencetak satu jaringan bagi memastikan pasukan mereka mendapatkan tiga mata.

Kemenangan di laman lawan itu membolehkan pasukan bimbingan Luis Enrique meninggalkan pencabar terdekat mereka iaitu Marseille dan Monaco dengan kelebihan 10 mata di puncak Ligue 1. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram