Tersiksa jadual padat, Syameer Kutty nekad berjuang bersama Harimau Malaya sedang 'kesakitan'


  • Podium
  • Selasa, 17 Dis 2024

Malaysia akan berdepan tugas akhir dalam kempen Piala Asean 2024 bertemu Singapura dan perlu meraih sekurang-kurangnnya tiga mata penuh untuk memburu slot ke separuh akhir.

TIGA perlawanan dalam tempoh seminggu pastinya memberi tekanan kepada mana-mana pemain bola sepak.

Selepas wisel penamat dibunyikan dalam kekalahan 0-1 Malaysia kepada Thailand bagi perlawanan Kumpulan A Piala Asean 2024 di Stadium Rajamangala, Bangkok, Thailand pada Sabtu, ramai pemain skuad kebangsaan dilihat berjalan dengan perlahan dan tidak kurang juga ada yang keletihan.

Malah, terdapat juga kebimbangan kecederaan apabila pemain sayap, Adib Abd Raop terpaksa dikeluarkan menggunakan stretcher akibat perlanggaran semasa perlawanan dan dikejarkan ke hospital.

BACA LAGI: [VIDEO] Kad kuning, pemain cedera antara punca taktikal Sabah FC mungkin berubah saat melayan kunjungan The Cats di Likas

BACA LAGI: Kembali mantapkan Sri Pahang, Stefano Brundo jadi sandaran Tok Gajah curi mata di SSI

WhatsApp Image 2024-12-17 at 13.46.39 (1)

Skuad kebangsaan terpaksa menelan pahit apabila tewas 0-1 kepada Thailand akibat kesilapan mudah penjaga gol, Haziq Nadzli.

Berita baiknya, Adib dibenarkan keluar dari hospital namun staf perubatan skuad kebangsaan menyatakan bahawa dia akan menjalani pemeriksaan lanjut.

Dengan keletihan dan kecederaan yang mula menjejaskan Harimau Malaya, timbul kebimbangan menjelang perlawanan penentu Kumpulan A menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bagaimanapun, kapten Harimau Malaya, Syamer Kutty Abba bertekad bahawa skuad kebangsaan akan terus bermain demi lencana di dada.

“Kami berbangga dengan setiap pemain, tak kira apa yang berlaku, kami berdiri bersama. Semua pemain telah bermain dengan baik tetapi tidak boleh berpuas hati dengan kekalahan ini.

“Walaupun dalam kesakitan, kami akan terus bermain. Kami berharap perlawanan terakhir di Bukit Jalil akan memberikan semangat yang tinggi agar kami dapat mara ke peringkat seterusnya, Insya-ALLAH,” kata pemain tengah Penang FC yang berusia 27 tahun itu.

Dalam perlawanan Kumpulan A sebelum ini, Malaysia seri 2-2 dengan Kemboja pada 8 Disember dan menewaskan Timor Leste 3-2 (11 Disember).

Untuk layak ke separuh akhir, Malaysia perlu berharap Thailand menewaskan atau seri dengan Singapura selain meraih tiga mata menentang lawan sama pada Jumaat. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram