KEM Sri Pahang mendapat berita gembira apabila tonggak import mereka, Stefano Brundo bakal kembali membarisi kesebelasan utama pasukan itu.
Berita baik itu dikongsikan oleh pemerhati sukan tanah air, Zaki Zainal yang memuat naik status terbaru bek tengah berusia 31 tahun itu.
Menurutnya, Brundo dilihat semakin cergas dan berpeluang untuk diturunkan menjelang aksi bertemu pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super pada Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Bekas pelumba Grand Prix berkaki ayam selama 6 tahun ke Pakistan demi ‘mencari’ Tuhan
"Pemain import dari Argentina, Stefano Brundo dijangka kembali menguatkan pertahanan skuad Tok Gajah menjelang aksi bertemu JDT di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor.
"Kecederaan di kaki kanannya sejak September lalu tampak sudah pulih sepenuhnya," katanya.
Sebelum ini, Ketua Jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad terpaksa melupakan khidmat bek tengah Argentina itu sejak September lalu akibat kecederaan.
Situasi itu menyebabkan Brundo terlepas beberapa perlawanan Liga Super dan Piala Malaysia termasuklah kemenangan 1-0 ke atas Perak FC dalam aksi suku akhir pertama pada 13 Disember lalu.
Oleh itu, kehadiran pemain berusia 31 tahun itu dijangka akan menjadi taruhan utama Sri Pahang untuk berdepan Harimau Selatan selepas tersisih lama kerana mengalami kecederaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram