Selain Akhyar Rashid, ada 3 pemain seolah-olah beri 'hint' sarung jersi kelab lain


  • Podium
  • Khamis, 12 Dis 2024

Akhyar kelihatan mengenakan jersi skuad Jang ketika mengadakan sesi latihan peribadi.

BARU-BARU ini, nama pemain sayap Terengganu FC (TFC) dikhabarkan akan meninggalkan kelab itu pada musim depan selepas memuat naik sekeping foto di Instastory peribadinya dengan dia kelihatan mengenakan jersi Negeri Sembilan FC.

Meskipun tidak menyertakan sebarang kapsyen, pemain berusia 25 tahun terbabit seakan-akan memberi bayangan bahawa kelab tersebut akan menjadi destinasinya musim depan.

Begitu pun, tidak dapat dipastikan sama ada penyerang sayap terbabit hanya menyarung jersi skuad Jang untuk mengadakan sesi latihan peribadi atau ia mempunyai mesej tersendiri.

BACA LAGI: Bintang JDT antara 2 rekrut jendela kedua belum menyengat, tak bawa hasil

BACA LAGI: Masih belum serasi, fans Borneo tak mahu terlalu awal 'lambung' Jimmy Raymond

Perkara tersebut bukanlah kali pertama berlaku dalam industri bola sepak tempatan kerana beberapa pemain sebelum ini juga pernah menyarung jersi kelab lain.

Oleh itu, Majoriti menyenaraikan tiga pemain yang pernah menyarung jersi kelab lain.

Ronald

Tangkap layar daripada hantaran Nasrol di laman Instastory peribadinya.

1. Ronald Ngah Wanja

Bekas import Kedah Darul Aman (KDA) FC, Ronald Ngah Wanja antara pemain liga domestik yang pernah mengenakan jersi salah sebuah pasukan yang berpangkalan di Pantai Timur.

Pemain kelahiran Cameroon itu pernah dilihat mengenakan jersi Terengganu FC (TFC) ketika menjalani satu sesi latihan di sebuah gimnasium pada musim lalu.

Ia sekali gus memberi bayangan kepada peminat bola sepak tanah air mengenai kemungkinan penyerang import itu akan kekal beraksi dalam saingan liga domestik bersama skuad Sang Penyu.

Bagaimanapun, berdasarkan transfermarkt.com, pemain berketinggian 1.84 meter itu kini beraksi dalam saingan Liga Iraq bersama kelab Al-Talaba SC.

nasrol

Tangkap layar daripada hantaran Nasrol di laman Instastory peribadinya.

2. Nasrol Amri

Pemain pertahanan Kelantan Darul Naim FC, Nasrol Amri antara pemain tempatan yang pernah memberi gambaran awal mengenai kelab yang bakal disertainya menerusi satu hantaran di Instastory peribadinya .

Dia yang sedang menjalani sesi latihan pada musim 2023 bersama bantuan seseorang kelihatan menyarung jersi Terengganu FC yang dipakai pasukan itu pada musim 2020.

Meskipun tidak memberikan bayangan secara jelas ketika itu, ia sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa Nasrol berminat untuk menyertai pasukan yang sememangnya dikenali dengan kebolehan menggilap bakat muda.

Bagaimanapun, Nasrol akhirnya memilih untuk menabur bakti di Pantai Timur dengan memilih Kelantan Darul Naim sebagai destinasinya musim ini.

Untuk rekod, Nasrol yang menyarung jersi skuad Kijang Emas itu pada 15 Mac 2024 ini hanya tampil sebanyak empat perlawanan musim ini.

dechi

Tangkap layar memaparkan Dechi Marcel yang sedang berlatih memakai jersi JDT. — Instagram/dechkani10

3. Dechi Marcel N'Guessan

Bekas pemain tengah Kedah Darul Aman (KDA) FC, Dechi Marcel N'Guessan pernah dilihat mengenakan jersi Johor Darul Takzim (JDT) ketika melakukan aktiviti senaman di sebuah gimnasium.

Tindakan Dechi Marcel menyarung jersi JDT membuka ruang untuk peminat membuat spekulasi kononnya dia ingin berbakti bersama pasukan yang berpangkalan di Selatan tanah air itu bagi musim lalu.

Dalam hantaran tersebut, Dechi atau pernah digelar Kante Kedah oleh penyokong Hijau Kuning dilihat sedang berlatih di sebuah gim iaitu Axis Physiotherapy & Fitness Studio, Selangor dengan memakai jersi rasmi Harimau Selatan.

Bagaimanapun, spekulasi itu tidak benar apabila pemain berketinggian 1.64 berkenaan sah mengikat kontrak bersama The Cats pada 15 Jun 2023. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram