PELARI sensasi kelahiran Australia, Gout Gout terus mencuri perhatian selepas dia baru-baru ini memecahkan rekod berusia 56 tahun pernah dicatatkan atlet negara Ocenia itu dalam acara 200 meter.
Dia yang bersaing dalam Kejohanan Sekolah-Sekolah Australia pada Jumaat lalu hanya memerlukan 20.04 saat (s) untuk menamatkan larian dengan catatan masa itu lebih baik berbanding pelari legenda mereka, Peter Norman ketika dia berlari dalam temasya Olimpik 1968.
Selain itu, Gout Gout berjaya memperbaharui rekod kebangsaan bagi atlet bawah 18 tahun dalam acara 100 meter dengan catatan masa 10.17s yang mengukuhkan lagi statusnya sebagai prospek terhangat dalam sukan olahraga.
BACA LAGI: [VIDEO] Mak cik tak sabar buat hal, masuk melintas trek sampai langgar pelari
Kesemua kejayaan direkodkan itu sekali gus menyaksikan menerima pujian daripada orang ramai yang mengharapkannya berada dalam kelas tersendiri.
Malah, perkara tersebut turut diakui pelari pecut legenda dunia, Usain Bolt yang tidak mahu terlepas peluang memberi kata-kata pujian terhadap bintang berusia 16 tahun terbabit.
"Dia macam saya versi muda," kata atlet Jamaica itu menerusi komen terhadap persembahan ditonjolkan Gout Gout ketika dia bersaing dalam acara larian.
Pujian sedemikian sememangnya akan menaikkan lagi semangat pelari meningkat naik tersebut yang pasti akan terus memasang cita-cita untuk mengharumkan namanya di persada dunia.
Usain Bolt sememangnya layak digelar legenda dalam acara larian pecut. — Agensi
Meskipun masih belum layak bersaing dalam temasya Olimpik, atlet terbabit akan terus memperbaiki prestasinya dengan harapan dapat menyaingi reputasi Usain Bolt pada tahun-tahun akan datang.
Usain Bolt sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia olahraga kerana ketika masih aktif, dia pernah membawa pulang lapan pingat emas Olimpik dalam pelbagai acara.
Di samping itu, namanya akan terus terpahat sebagai antara pelari pecut terbaik di pentas antarabangsa kerana masih memegang rekod dalam kategori 100 meter. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram