Bosan dengan kualiti serangan Man United termasuk Rashford, Amorim ‘gamble’ pikat bintang kuat meragam Serie A


  • Podium
  • Sabtu, 30 Nov 2024

Dari kiri: Hojlund, Zirkzee dan Rashford merupakan tonggak utama bahagian serangan Man United. — Agensi

RASMUS Hojlund menjaringkan dua gol untuk menyelamatkan pesta sambutan Ruben Amorim di Old Trafford ketika Manchester United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Bodo/Glimt 3-2 dalam saingan Liga Europa (UEL) pada Jumaat.

Pengurus Portugis itu turun sekalu pengendali United dalam aksi pertama di laman sendiri selepas terikat 1-1 di laman Ipswich Town sebelum ini tetapi dia hampir berdepan igauan buruk apabila dua jaringan pantas pelawat memadamkan gol pembukaan Alejandro Garnacho.

Nasib pasukan berkenaan berubah apabila bintang Denmark, Hojlund, menjaringkan gol untuk memastikan Man United meraih tiga mata dan hanya dibezakan satu mata dengan kelompok lapan teratas liga 36 pasukan itu.

BACA LAGI: Sekian lama jadi anak emas Man United, Rashford akhirnya diberi amaran

BACA LAGI: Tak 'bahagia' bersama Amorim, penyerang Man United arah ejen cari kelab baharu

Meskipun menyelamatkan maruah Man United namun posisi berusia 21 tahun itu sebagai penyerang utama terancam apabila skuad The Red Devils dikhabarkan ingin membawa masuk penyerang Napoli, Victor Osimhen.

Osimhen yang kini dipinjamkan ke kelab Turkiye, Galatasaray sedang dipertimbangkan oleh United selepas penyerang Nigera itu mencetak enam gol dan dua bantuan dalam hanya tujuh penampilan Super Lig.

Memetik laporan media luar negara melaporkan bahawa United mahukan penyerang prolifik pada Januari dan ada kemungkinan pemain di bahagian serangan seperti Hojlund, Marcus Rashfors serta Joshua Zirzkee dalam bahaya.

1234

Pada September lepas, Osimhen dikatakan merajuk selepas gagal menyertai Chelsea pada jendela perpindahan musim panas lalu.

— Agensi

Osimhen pastinya terbuka untuk meninggalkan Napoli selepas penyerang berusia 26 tahun itu tidak gembira di pasukan Serie A tersebut dan pernah memberitahu tidak mahu bermain untuk kelab Itali itu lagi.

Penyerang berkenaan banyak menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap Napoli selepas pasukannya itu menyiarkan video pelik di TikTok yang seolah-olah mengejek pemain berkenaan.

Osimhen menganggap tindakan itu mengaibkan maruahnya dan mahu menyaman kelab berkenaan pada September lepas. Perkara itu disahkan sendiri oleh ejen Osimhen, Roberto Calenda yang serius mahu ambil tindakan saman ke atas Napoli. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram