Sanggup labur nilai besar, 3 kali JDT berputih mata kena 'scam' import


  • Podium
  • Khamis, 28 Nov 2024

Dari kiri: JDT membelanjakan sejumlah wang yang besar untuk menyambar khidmat Jou Silva, Obregon dan Bruno Soares.

SEBUT sahaja nama Johor Darul Ta'zim (JDT), lambakan pemain import pastinya menjadi antara perkara awal yang terlintas dalam fikiran peminat bola sepak tanah air.

Manakan tidak, mereka yang sudah mengungguli arena tempatan untuk lebih daripada 10 tahun amat mendambakan sentuhan bintang luar negara yang akan digandingkan dengan pemain tempatan.

Keputusan itu sememangnya membuahkan hasil kerana sepanjang kehadiran mereka dalam arena sukan berkenaan, pelbagai peringkat sudah dijulang saban tahun.

BACA LAGI: 'Harapan palsu', 3 pemain kelas A katanya pernah 'scam' JDT

BACA LAGI: Nilai pasaran bintang JDT-Selangor makin mencanak, 'flop' Kedah pun sama-sama naik

3027286

Cengkaman skuad Harimau Selatan dalam arena bola sepak tanah air tidak perlu diceritakan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, sepanjang tempoh berkenaan, terdapat situasi yang mana import disambar JDT gagal memberikan impak seperti diharapkan penyokong meskipun pelaburan besar sudah dibuat.

Meskipun perbelanjaan itu tidak memberi kesan terhadap kantung kewangan pasukan, ia menceritakan bahawa kelab terbabit juga tidak terkecuali daripada mengalami 'mimpi ngeri' yang dihadapi pasukan Liga Super yang lain.

Berdasarkan pemerhatian Majoriti, berikut merupakan tiga bintang luar negara skuad Harimau Selatan yang boleh dianggap mengecewakan sehingga layak dilabel 'import scam' oleh penyokong sendiri.

1. Jorge Obregon

Pada jendela perpindahan kedua Liga Super 2024/25, JDT mengambil keputusan melaburkan €500,000 (RM4.8 juta) untuk membawa masuk penyerang kelahiran Colombia, Jorge Obregon dari kelab Croatia, HNK Rijeka.

Pelaburan itu menerima respons cukup baik daripada penyokong meskipun peledak utama mereka, Bergson da Silva dan Heberty Fernandes masih berada dalam prestasi cemerlang.

Usianya yang baru sahaja mencecah 27 tahun dilihat sesuai dengan pelaburan jangka masa panjang kelab berkenaan yang mahu terus menjadi kelab digeruni di pentas Asia.

459392968_910850547744971_6326998360900021559_n

Obregon gagal membuktikan nilai sebenarnya buat skuad Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, sepanjang empat bulan bersama skuad Harimau Selatan, pemain berkenaan masih belum menunjukkan taring sebenar buat pasukan itu kerana dia gagal mencari konsistensi setiap kali diturunkan.

Meskipun sudah meledak beberapa gol dalam Liga Super dan Piala Malaysia, Obregon sering menampilkan persembahan mengecewakan dalam kempen ACL Elite.

Dia yang diberikan peluang lebih kerap berbanding Heberty dan Bergson gagal memanfaatkan minit permainan itu dengan hanya satu jaringan berjaya dicatatkan dalam pertandingan berprestij itu.

2. Jou Silva

Jendela perpindahan kedua Liga Super 2018 menyaksikan skuad Harimau Selatan membawa masuk penyerang kelahiran Brazil, Jorge Santos Silva dari kelab Arab Saudi, Al-Batin.

Meskipun sudah memiliki Safawi Rasid dan Jorge Pereyra Diaz, pemain itu masih disambar dengan harapan cengkaman mereka dalam Liga Super masih kukuh sehingga penghujung musim.

Pada awalnya, dia yang juga dikenali sebagai Jou Silva itu memberikan harapan tinggi buat penyokong apabila menyempurnakan sepakan penalti ketika berdepan Perak.

34177493_1049942208502411_6706165195854577664_n

Jou Silva hanya meledak satu gol buat skuad Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, siapa sangka, gol di Stadium Larkin, Johor itu merupakan satu-satunya jaringan dicetak penyerang berkenaan sepanjang kira-kira enam bulan di kelab terbbait.

Keputusan mendapatkan khidmatnya boleh dikatakan satu pembaziran, lebih-lebih lagi melihat kepada jumlah €800,000 (RM3.7 juta) dilaburkan berdasarkan nilai penukaran terkini.

Jadi, selepas khidmatnya tidak lagi diperlukan, Jou Silva mengambil keputusan meninggalkan skuad Harimau Selatan secara pinjaman ke pasukan Emiriah Arab Bersatu, Fujairah SC pada musim berikutnya.

3. Bruno Soares

Pada saingan Liga Super 2017, skuad Harimau Selatan membuat pelaburan €200,000 (RM935,220) berdasarkan nilai tukaran terkini untuk membawa masuk bek tengah dari Brazil, Bruno Soares.

Keputusan itu diambil bagi membolehkan pasukan berkenaan memiliki pengganti sekiranya pemain utama, Marcus Antonio meninggalkan mereka dengan usianya sudah semakin lanjut.

Bruno hadir dengan reputasi cukup baik kerana memiliki pengalaman beraksi di sekitar Eropah dan Amerika Selatan memandangkan dia pernah menyertai beberapa kelab sepanjang kariernya.

33304095_1045553522274613_1466570936030330880_n

Bruno lebih kerap beraksi dalam skuad simpanan Harimau Selatan. Facebook/JOHOR Southern Tigers

Namun, harapan diletakkan di bahu bek tengah tinggi lampai itu tidak dibalas dengan baik meskipun dia memulakan karier bersama skuad Harimau Selatan dengan aksi cemerlang di Thailand semasa sesi pramusim.

Prestasinya yang terumbang-ambing itu kemudian menyaksikan pihak kejurulatihan JDT mengambil keputusan meletakkannya dalam pasukan simpanan berikutan kepulangan Marcus dari kecederaan.

Meskipun sempat menghabiskan kira-kira dua musim di Selatan tanah air, Bruno bukanlah seseorang yang membawa keuntungan buat skuad Harimau Selatan melihat kepada pelaburan dibuat JDT terhadapnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram