Utamakan senaman dan guna bola boling yang sesuai dengan tangan — Pemain amatur


  • Podium
  • Isnin, 11 Nov 2024

Pemilihan bola yang tepat penting untuk mengurangi risiko cedera dan meningkatkan pengalaman bermain. — Gambar hiasan

SUKAN boling merupakan pilihan sukan popular kerana ia menyediakan pengalaman yang menyeronokkan dan boleh dimainkan oleh semua peringkat umur.

Hal ini kerana, sukan tersebut boleh dimainkan di pelbagai pusat boling dan tidak memerlukan kemahiran fizikal yang tinggi.

Bercakap mengenai pusat boling, sudah pasti ramai pemain amatur lebih memilih untuk menggunakan bola 'in house' yang disediakan.

BACA LAGI: 'Terima kasih Harimau Selatan', JDT penyumbang utama kelab Malaysia pintas Australia

BACA LAGI: Boleh elak gol jika bek lebih 'alert', Azim mahu pastikan Selangor kekal tangga kedua kumpulan

Bola boling

Keadaan bola boling yang rosak boleh menyebabkan para pemain amatur mengalami kecederaan. — Gambar hiasan

Oleh itu, pemilihan bola yang tepat penting untuk mengurangi risiko cedera dan meningkatkan pengalaman bermain.

Hal ini kerana, terdapat juga bola boling terpakai yang tidak terjaga dengan baik dilihat menimbulkan risiko kecederaan bagi pemain amatur.

Permukaan yang tidak sekata atau retak, berat yang tidak sesuai, pegangan yang tidak tepat dan kurangnya teknik yang benar dapat meningkatkan kemungkinan kecederaan.

Begitupun, terdapat juga pemain amatur lebih memilih untuk membeli bola terpakai bagi kegunaan peribadi setiap kali turun berlatih tanpa mengutamakan keselamatan.

Dalam pada itu, berkongsikan pengalaman sepanjang bergelar pemain amatur, Kamarul Ariffin mendedahkan bahawa tidak salah sekiranya pemain mahu bola terpakai atau bola 'in house' berikutan harga bola boling yang semakin mahal ketika ini.

photo_6161359443900612579_y

Sukan boling boleh dimainkan di pelbagai pusat boling dan tidak memerlukan kemahiran fizikal yang tinggi. — Gambar hiasan

Tambahnya lagi, tiada salahnya untuk memulakan sukan tersebut dengan menggunakan bola terpakai asalkan penggunaan bola sesuai dengan keperluan dan keselesaan masing-masing.

"Memandangkan bola boling yang agak mahal sekarang tidak salah kita mulakan sukan ini dengan bola terpakai yang sesuai dengan diri kita," katanya kepada Majoriti.

Meskipun tidak pernah berdepan dengan situasi menggunakan bola terpakai dalam keadaan teruk, Kamarul turut mendedahkan bahawa terdapat juga pusat boling tidak menitikberatkan keselamatan pemain amatur.

"Tidak pernah kecuali ketika adakan latihan di pusat boling, kita disediakan bola yang terkopek dan lubang jari yang agak kecil dan besar tidak bergitu sesuai dengan tangan kita," jelasnya lagi.

Kamarul yang berusia 55 tahun itu turut bersetuju sekiranya mereka yang bola boling terpakai untuk melakukan 'adjustment' kepada saiz lubang bagi mengelakkan kecederaan.

"Pendapat saya, pemain amatur perlu membuat adjustment terutama pada lubang jari jika berat boling itu sudah sesuai dengan kita.

"Nasihat saya, bagi permulaan berjinak sukan boling ini perlu melakukan senaman dan cuba pakai la bola boling yang bersesuaian dengan tangan dan rehat yang cukup sebab sukan ni memerlukan mental yang kuat," ujarnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram