AKSI pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia 2024/2025 menyaksikan Selangor FC berjaya bangkit mengikat Sri Pahang FC dengan keputusan 1-1 pada Sabtu.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Temerloh, Pahang itu menyaksikan pasukan tuan rumah berjaya menjarakkan kedudukan menerusi pemain sayap Tok Gajah, Sean Selvaraj pada babak pertama perlawanan.
Hujan lebat sebelum sepak mula bermula menyebabkan keadaan padang sedikit becak dan perkara tersebut dilihat mengganggu perancangan pasukan masing-masing.
BACA LAGI: 'Kalau dunia korporat, dah lama kena pecat', pakar bimbang Hamidin 'rosakkan' FAM jika terus kekal
BACA LAGI: Idolakan Nabil Rauf, pemain Shah Alam Titans tekad bantu pasukan juara Liga Super Bola Keranjang
Bagaimanapun, pasukan pelawat berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-83 menerusi pemain tengah skuad Gergasi Merah, Nikola Jambor apabila berjaya menanduk bola masuk ke pintu gawang tuan rumah sekali gus menewaskan penjaga gol Sri Pahang, Zarif Irfan.
Meskipun keadaan padang tidak mengizinkan namun rata-rata penyokong kedua-dua pasukan memuji persembahan yang ditampilkan oleh mereka.
"Salute Selangor dan Pahang, ini baru anak jantan main dalam bendang, ni kalau asyik minta tangguh saja baik lepak Angsana Mall dengan BBNU," kata Shahrul Faezi.
"Nampak macam serasi ya dua-dua pasukan main dekat padang macam bendang tu, patut serasi sebab tu seri," kata Khairil Adha.
"Terbaik Selangor,ini baru betul anak jantan, tak macam team satu itu lagi, tak main lagi sudah lari naik bas," kata Muhammad Dzulhaffiz Akhmal.
Selepas ini, The Red Giants akan bertemu Sri Pahang bagi aksi kedua pusingan ke-16 saingan Piala Malaysia pada 1 Disember depan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram