"MEMANG benar, Tan Sri Hamidin Mohd Amin semakin kurang popular."
Itulah ungkapan daripada pemerhati sukan tempatan, Prof Madya Dr Zulakbal Abd Karim yang berpendapat bahawa Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kini tidak relevan untuk menerajui badan induk bola sepak tanah air itu.
Dia berpendapat sedemikian kerana di bawa tampuk kepimpinan Hamidin, skuad Harimau Malaya ketika ini masih berada dalam prestasi yang tidak membanggakan.
BACA LAGI: 'Kalau dunia korporat, dah lama kena pecat', pakar bimbang Hamidin 'rosakkan' FAM jika terus kekal
BACA LAGI: Bolos 2 biji pada masa kecederaan, ramai anggap coach NSFC tak buat 'homework' gari Ifedayo
Prestasi yang ditampilkan oleh Harimau Malaya belum cukup memuaskan selepas meraih keputusan 1-1 bertemu India dalam perlawanan persahabatan pada 18 November lalu. — Facebook/FAM
Menurutnya lagi, bukan sahaja pasukan kebangsaan namun skuad Bawah 23 Tahun (B-23) turut terpalit dengan prestasi yang tidak memuaskan.
"Memang benar, Hamidin semakin kurang popular kerana sehingga kini, pasukan Harimau Malaya belum memenangi apa-apa kejohanan yang tercatat dalam kalendar FIFA.
"Malah, pasukan Bawah 23 Tahun Harimau Malaya juga gagal melayakkan diri untuk menjuarai sebarang kejohanan," katanya kepada Majoriti.
Nama Hamidin sebelum ini mencuri tumpuan peminat bola sepak tanah air selepas pemerhati sukan tanah air, Sadek Mustaffa menyifatkan Presiden FAM itu sebagai individu yang sudah tidak relevan untuk menerajui badan induk bola sepak tanah air itu.
Menurut Sadek, sukan bola sepak tanah air akan 'rosak' sekiranya badan induk tersebut terus diterajui oleh Hamidin.
Di samping itu, Zulakbal turut menyuarakan kebimbangannya mengenai isu tunggakan gaji yang kini semakin 'menghiasi' beberapa kelab tanah air.
Zulakbal berkata, Hamidin hanya membutakan mata dan memekakkan telinga berhubung isu tersebut kerana tidak mempunyai usaha dalam menangani masalah tersebut.
"Liga Malaysia semakin dilihat tenat apabila banyak kelab dilaporkan gagal membayar gaji pemain. Hamidin juga dilihat tidak melakukan apa-apa usaha untuk mengatasi isu tersebut," ujarnya.
Skuad Harimau Malaya kini dibimbing oleh Pau Marti Vicente (dua kanan). — Facebook/FAM
Zulakbal turut memberi pandangan agar Hamidin dan pasukannya membuat kajian serta memberikan perhatian kepada kehendak majoriti peminat dan pengikut Harimau Malaya
"Pendapat saya, mungkin satu sesi town hall seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, boleh diadakan untuk mendengar pandangan dan kehendak peminat.
"Hamidin juga boleh mencontohi pendekatan yang diambil oleh pemilik kelab Johor Darul Ta'zim, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam membangunkan skuad Harimau Selatan atau Erik Thohir dalam memperkukuhkan skuad Sang Garuda," jelasnya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram