Bolos 2 biji pada masa kecederaan, ramai anggap coach NSFC tak buat 'homework' gari Ifedayo


  • Podium
  • Ahad, 24 Nov 2024

Ifedayo Olusegun (tengah) membantu PDRM FC meraih kemenangan selesa selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit akhir dalam aksi Piala Malaysia pada Ahad. — Facebook/MFL

PASUKAN pelawat, PDRM FC berjaya mengejutkan Negeri Sembilan FC apabila bangkit saat-saat akhir untuk menang 2-1 dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia dalam aksi yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi pada Ahad.

Babak pertama dihiasi dengan beberapa percubaan oleh kedua-dua pasukan namun tiada jaringan yang terhasil hingga tamat babak pertama perlawanan.

Negeri Sembilan terpaksa menunggu hingga minit ke-69 untuk meraih jaringan menerusi gerakan solo A. Selvan yang berjaya menewaskan penjaga gol The Cops, Bryan See.

BACA LAGI: KDA FC terima perletakan jawatan Nafuzi Zain walaupun berat hati, Victor Andrag pengganti interim

BACA LAGI: ‘Tunggu dan lihat’, Kim Swee masih berteka-teki namun spekulasi kembali ke FAM semakin nyata

photo_6203773500079063506_y

PDRM FC membuat kejutan apabila melakukan kebangkitan yang luar biasa pada minit-minit akhir untuk menewaskan NSFC. — Facebook/MFL

Tersentak dengan gol tersebut, PDRM cuba untuk bangkit mencari gol penyamaan menerusi beberapa percubaan tetapi gagal membolosi pintu gol pasukan tuan rumah.

Bagaimanapun, kealpaan benteng pertahanan anak-anak buah K.Nanthakumar akhirnya memakan diri apabila tidak mengawal ketat Hadi Fayyad yang muncul penyelamat PDRM selepas berjaya menjaringkan gol penyamaan pada masa kecederaan untuk mengikat NSFC.

Dengan semangat juang tinggi ditampilkan oleh anak-anak buah P.Maniam akhirnya The Cops berjaya membawa bekalan selesa untuk pusingan kedua nanti apabila Ifedayo Olusegun mencetak gol kemenangan buat PDRM FC.

Berang dengan keputusan tersebut, ramai penyokong menuding jari kepada pengendali skuad Jang yang tidak pernah belajar dari kesilapan.

“Coach NSFC memang tak buat homework tentang pasukan lawankah? Saat NSFC di ambang kemenangan, tiada satu pun pemain skuad Jang yang marking@lock Ifedayo.

“Ifedayo bukanlah pemain hebat tapi dia pemusnah, dia sangat selesa sebab tiada pemain NSFC yang jaga dia,” kata Mohd Erwan.

“Terbaiklah coach, tak pernah belajar dari kesilapan, teruskan kekalahan pasukan,” kata Muhammad Jazlan. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram